Connect with us

Program

Raikan Hari Ibu Bersama Rabbani

Diterbitkan

pada

Genap sedekad dinobatkan sebagai Artis Nasyid Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Kumpulan Nasyid Tersohor; Rabbani mengorak langkah kehadapan untuk terus menganjurkan pelbagai aktiviti bersama peminat dan untuk semua.

Terkini, Rabbani melalui Rabbani Production dengan kerjasama Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Galeri Ilmu dan rakan niaga yang lain menganjurkan sebuah program Untukmu Ibu. Program ini bertujuan mengajak semua peminat dan mereka yang bergelar anak untuk meraikan insan bernama ibu dengan konsep hiburan mendidik jiwa sempena Sambutan Hari Ibu yang akan berlangsung pada 8.Mei.2011.

Program Untukmu Ibu ini akan diadakan secara eksklusif di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 8.Mei.2011, jam 2.30 petang dengan menampilkan artis tersohor negara seperti Aisyah, Rabbani, Dato’ Ustazah Siti Nurbahyah dan penampilan istimewa oleh anakanda Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), Adik Mohd Ilham yang masih berusia 12 tahun. Adik Muhd Ilham akan berduet bersama kumpulan Rabbani.

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua yang hadir antaranya cabutan bertuah tajaan rakan-rakan niaga Rabbani Production seperti pihak Hotel Singgahsana, Uzai Trading, Tunas Indah Niaga, Ana Edar, Galeri Ilmu, Kels dan Pakej Umrah Bersama Rabbani tajaan Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd dan KRS Travel.

Rabbani menyeru para peminat untuk membawa para ibu mahupun para isteri dan anak-anak untuk turut sama terlibat dengan program istimewa Untukmu Ibu kerana pengisian program ini terbuka dan sesuai untuk semua golongan umur. Programini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para hadirin mengenai betapa pentingnya kita menghargai dan mengingati jasa dan pengorbanan insan mulia bergelar ibu.

Harga bagi tiap-tiap kerusi bermula RM100.00, RM150.00 dan RM250.00 seorang. Tempat adalah terhad. Untuk membuat tempahan, anda boleh berhubung dengan wakil Rabbani Production Sdn Bhd di talian 03-62721225 (Cik Erin) atau 019-2110300 (Ustaz Azadan Rabbani). -MUNSYEED.COM

Iklan
1 Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengumuman

Hari Kraf Kebangsaan 2024 – Promosi Produk Kraf Tempatan

Diterbitkan

pada

Hari Kraf Kebangsaan 2024

Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) bagi tahun 2024.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan penganjuran kali ke-21 sejak 21 Februari hingga 4 Mac depan bukan sahaja menghimpunkan semua produk kraf tetapi juga adalah bertujuan mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia.

“Tujuan utama HKK semestinya tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu pengusaha kraf menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Puluhan aktiviti menarik disediakan dalam menampilkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ yang diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia,” katanya yang dimuat naik di laman Facebook MOTAC, 13 Februari lalu.

Meskipun berbaki lebih 10 hari lagi, pengunjung masih berpeluang melihat hasil seni pengusaha kraf yang memiliki kreativiti tersendiri dalam menghimpunkan pelbagai rekaan hasil tangan mereka.

Antara aktiviti menarik yang boleh diperoleh di HKK termasuklah Jualan Produk Kraf, Pameran Tokoh Kraf Negara 2024 dan banyak lagi

Tidak ketinggalan, pelbagai jenis pameran dan demontrasi disediakan antaranyaa Pameran Standard Kraftangan Malaysia, Pameran Pavilion Institut Kraf Negara (IKN) serta Pameran Produk Kraf Baharu turut disediakan dalam HKK kali ini.

Malah pengunjung turut didedahkan dengan demonstrasi pembuatan produk kraf menggunakan rotan, kayu, mengkuang, ribu-ribu, tekatan, dan manik.

Jadi sempena cuti sekolah yang masih berbaki, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi HKK yang berlangsung Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang dibuka 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari sehingga 4 Mac depan.

Sumber: Malaysia Madani

Continue Reading

Pengumuman

Joshua Salaam: Two Sides Of A Story

Diterbitkan

pada

Salah seorang anggota kumpulan trio popular Native Deen, Joshua Salaam dari Amerika Syarikat kini berada di Malaysia sempena siri jelajah di sini yang berlangsung semenjak minggu lalu. Berbeza dengan kedatangannya sebelum ini bersama Malik dan Naeem, kali ini beliau hadir berseorangan ke Malaysia untuk berkongsi pandangan isu semasa serta pengalaman beliau sebagai pendakwah yang aktif berinteraksi bersama golongan belia di Amerika Syarikat.

Sepanjang minggu lalu, Joshua telah menyampaikan beberapa siri ceramah di Johor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah yang dihadiri oleh para hadirin dari pelbagai latar belakang pendidikan, agama dan profesion.

Minggu ini beliau akan meneruskan siri ceramah di Talent Lounge, Petaling Jaya dengan membawakan topik perbincangan bertajuk Two Sides Of A Story: The Need For Critical Thinking & Reasoning Among Muslims Today. Program anjuran Young Muslims Project dengan kerjasama Universoul ini dijadualkan akan berlangsung pada 17 Ogos 2016.

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai program ini:-

Two Sides Of A Story: The Need For Critical Thinking & Reasoning Among Muslims Today

There is a need for Muslims today to not look at things on the surface. With technological advancement; especially the rise of social media – we have become desensitized with information due to its vast quantity and its instantaneous capability. We now only look at matters on the surface level – without having executed due diligence in checking the authenticity and validity of the information.

There is a need to have critical thinking and reasoning in order for us to have better understanding of today’s challenging world, a world where we are bombarded with ideologies.

joshua salam

Anda yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian bersama Joshua Salaam boleh mendapatkan tiket PERCUMA di laman Peatix sekarang.

– Munsyeed

Continue Reading

Program

Hafiz & Rakan Artis Bakal Meriahkan Femes Bazaar #SuperRaya

Diterbitkan

pada

POSTER OFFICIAL

Selepas kejayaan Femes Bazaar pada tahun lepas bertempat di Rasta TTDI, tahun ini Femes Bazaar #SuperRaya bakal menemui anda pada 19 & 20 Julai 2014.

Pada tahun ini, bazaar popular ini akan bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Difahamkan, artis popular, Hafiz Hamidun akan turut serta dalam acara ini. Mungkin ini medium terbaik untuk para peminat bertemu beliau dan beramah mesra bersama pengalun zikir terapi no.1 di Malaysia ini. Disamping itu, para peminat boleh mendapatkan jubah Koleksi Hafiz Hamidun di majlis ini nanti.

Selain Hafiz, majlis ini akan turut diserikan oleh Wawa Zainal, Izzue Islam, Karl Shafek, Amer Forteen, Zara Zya, Miss Nina, Anzalna Nasir, Kilafairy, Intan Ladyana, Nad Zainal, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Faralyna Idris, Emelda Rosemila, Dayah Bakar 3R dan Melda Ahmad.

Femes Bazaar

Femes Bazaar #SUPERRAYA

Selain aktiviti selebriti berniaga, pelbagai acara lain yang turut disediakan khas untuk pengunjung Femes Bazaar #SuperRaya pada tahun ini. Antaranya ialah:

  • Pameran dan jualan 120 Butik Online yang terkemuka dan terpilih.
  • Open Mic Raya (setiap peserta harus menyanyikan lagu raya)
  • Kempen #JomPakaiBajuRaya di mana setiap pengunjung harus memakai Baju Raya dan akan mendapat diskaun istimewa
  • Persembahan oleh pelajar teater UiTM
  • Set Khemah untuk perkahwinan dan open house yang ditaja oleh Mahligai Creative dan Tentda.
  • Hijab Tutorial
  • Fashion Talk
  • dan lain lain lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Femes Bazaar #SuperRaya bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya pada 19 & 20 Julai ini bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

– Munsyeed Dot Com

 

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment