Categories: BeritaTempatan

Razman Shah In-Heart Meninggal Dunia

Industri nasyid dikejutkan dengan berita pemergian Razman Shah Bin Ismail, anggota kumpulan In-Heart, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 9 Februari 2024.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat masalah jantung.

Menurut maklumat yang diterima dari Mohd Hafiz dan Mohd Firdaus kumpulan In-Heart, jenazah allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Unit Forensik PPUM sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa, Kalumpang.

Allahyarham akan disemadikan di Pusara Aman, Wakaf Perkuburan Kalumpang pada malam ini.

Pemergian Razman Shah amat dirasai oleh rakan artis dan peminat. Sejak berita mengenai pemergiannya tersebar, ucapan takziah dan doa buat allahyarham membanjiri media sosial.

Ramai mengenang Razman sebagai seorang yang baik, berbakat besar serta sentiasa ramah dengan peminat dan rakan-rakan industri.

Razman Shah dikenali menerusi penglibatannya bersama kumpulan In-Heart. Kumpulan ini pernah menyertai program realiti tv Akademi Nasyid anjuran Media Prima yang disiarkan di TV9.

In-Heart juga pernah tampil dengan album berjudul Sakura. Lagu terakhir yang berjaya dirakamkan In-Heart, Syarat Bercinta turut mendapat tempat di hati para peminat.

Kejayaan kumpulan itu di persada muzik tempatan turut memperkukuhkan kedudukan Razman sebagai figura yang dihormati dalam industri.

Al-Fatihah buat Allahyarham Razman Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago