Categories: BeritaTempatan

Lebih 3.7 Juta Muat Turun, Aplikasi TheNoor Bakal Perkenal Ciri Baharu

Aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan apabila kini telah mencapai lebih 3.7 juta muat turun sejak dilancarkan pada tahun 2021.

Angka ini diumumkan oleh TheNoor menerusi kemaskini di media sosial rasmi mereka, sekaligus membuktikan populariti aplikasi tersebut dalam kalangan pengguna di seluruh dunia.

Menurut kenyataan TheNoor, aplikasi ini bukan sahaja digunakan oleh rakyat Malaysia, malah turut mendapat sambutan daripada pengguna di pelbagai negara. Kejayaan ini membuktikan bahawa TheNoor berjaya memenuhi keperluan dan kehendak umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Lebih menarik lagi, TheNoor menjanjikan peningkatan ciri dan fungsi yang lebih baik dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Februari ini. Pengguna pastinya ternanti-nanti kemas kini terbaru ini yang dijangka akan membawa pengalaman yang lebih baik dan memudahkan.

TheNoor, yang diperkenalkan oleh usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor pada Januari 2021, menawarkan pelbagai ciri dan fungsi yang direka khas untuk gaya hidup Muslim. Antaranya termasuklah waktu solat, azan, arah kiblat, carian masjid terdekat, dan himpunan ayat al-Quran beserta terjemahan.

Salah satu kelebihan utama aplikasi ini adalah ia boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang iklan, sekaligus memberikan pengalaman yang lancar dan selesa kepada pengguna.

Antaramuka yang mesra pengguna juga memudahkan navigasi dan penggunaan aplikasi ini, menjadikannya pilihan yang ideal untuk semua peringkat umur.

Dengan pencapaian 3.7 juta muat turun dan kemas kini yang bakal tiba, TheNoor terus membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan platform yang komprehensif dan relevan untuk komuniti Muslim global.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago