Categories: BeritaTempatan

Terbuai Dengan Alunan Lagu Al Hijratu Nyanyian Furqan Fawwaz

Penyanyi muda berbakat besar, Furqan Fawwaz muncul dengan single terbaru berjudul Al Hijratu.

Lagu berbahasa arab ini merupakan lagu versi ‘cover’ yang dinyanyikan oleh Furqan dengan susunan muzik lebih segar dan mendayu, hasil sentuhan kreatif daripada komposer genius, Wan Salleh.

Menurut pelantun lagu “Wanita Terbaik” ini, Al Hijratu adalah sebuah lagu yang mengisahkan perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, sebuah peristiwa besar dalam sejarah Islam yang penuh dengan pengajaran dan hikmah.

Selain Furqan, lagu Al Hijratu pernah dinyanyikan secara ‘cover’ oleh beberapa penyanyi terkenal antaranya Nissa Sabyan, Mohamed Youssef, Adzando Davema dan ramai lagi.

Furqan berharap Al Hijratu dapat memberikan inspirasi kepada pendengar serta menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada baginda Rasulullah SAW.

“Saya berharap lagu ini dapat didengar oleh lebih ramai orang dan menjadi asbab untuk kita semua menambah rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Single Al Hijratu dilancarkan secara rasmi pada 10 Februari 2025 dan boleh ditonton di saluran YouTube Furqan Fawwaz Channel.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago