Categories: AlbumUlasan

Review Album: Asmaulhusna – Mawi

PEMINAT MAWI?? Mungkin ya mungkin tidak jugak. Tapi tak dinafikan, bintang yang lahir dari program reality Akademi Fantasia memang ada auranya yang tersendiri. Siapa tak ingat fenomena ‘tsumawi’ yang melanda Malaysia satu ketika dulu?

Yang itu, saya tak mahu ulas lanjut. Namun, apabila menerima CD terbaru beliau, Asmaul Husna yang diterbitkan oleh Arteffect Sdn Bhd milik Hafiz Hamidun, mahu juga mendengarnya. Kulitnya… hmm purple, menarik gak.

Memutarkan setiap track zikir Asmaul Husna yang dialunkan beliau dalam album ini, terasa seakan kelainan daripada album-album zikir yang biasa saya dengar dan review sebelum ini.

Tumpuan utama ialah kekuatan ‘suara jantan’ Mawi mengalunkan bait kalimah. Jika anda menyangka album zikir ini  sama sahaja seperti yang lain, mendayu-dayu, anda silap. Kekuatan tona suara Mawi yang cukup solid, padu dan ‘macho’ menjadi focus utama album ini.

Setiap bait zikirnya dilatari dengan muzik  yang disusun sendiri oleh Hafiz Hamidun yang bertindak sebagai mastermind album ini. Ada juga track yang digubah menggunakan irama padang pasir, pop moden dan sebagainya. Tidak monotonous dan menarik juga untuk didengar. Setiap bait disusun cantik mengikut mood lagu

Jujur, saya suka juga mendengar album Mawi kali ini. Walaupun hanya berlingkar dengan kalimah AsmaulHusna sahaja, namun terbukti Mawi bukan calang-calang orang. Beliau mampu menginterprestasikan album ini dengan sangat…WORLD!

Nak dengar album zikir yang lain daripada album yang biasa kita dengar? Dapatkan album ini dan hayati.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago