Categories: AlbumUlasan

Review Album: Melodi Tazkirah

Akhirnya, album yang dinanti-nanti telah muncul. Hasil kolaborasi mantap antara Ustaz Kazim Elias (UKE) dan Rabbani membuahkan Melodi Tazkirah terbitan Rabbani Production (M) Sdn Bhd.

Majlis soft-launch album ini telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias sendiri dengan diiringi kumpulan Rabbani.

Album ini menampilkan 5 koleksi tazkirah ringkas Ustaz Kazim Elias yang setiap satu berdurasi antara 8 minit ke 11 minit. Setiap tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim merupakan satu ulasan atau ‘syarah’ bagi setiap lagu-lagu yang akan disampaikan oleh Rabbani.

Menerusi album ini, Ustaz Kazim Elias mengupas setiap mesej dari lagu-lagu evergreen yang disampaikan oleh Rabbani dengan olahan yang cukup baik, ditambah dengan penjelasan yang cukup menarik daripada ustaz.

Menariknya, Ustaz Kazim turut bernasyid serangkap dua dalam setiap slot tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Umum mengetahui kemerduan suara Ustaz Kazim yang acapkali mendendangkan lagu-lagu lama sewaktu menyampaikan ceramah di seluruh tanahair.

Disamping tazkirah, 5 lagu evergreen Rabbani dimuatkan dalam album ini iaitu Bila Nur Melimpah Di Hati, Cari Pasangan, Anak Soleh, Ibu Mithali dan Pergi Tak Kembali. Setiap track disusun kemas mengikut aturan hidup seorang Muslim.

Bagi mereka yang dahagakan pengisian ilmu bersulamkan hiburan mendidik jiwa, ini album yang anda cari.

Untuk melihat kronologi kerjasama Ustaz Kazim Elias dan Rabbani, sila klik disini: Ustaz Kazim Terima Pelawaan Rabbani.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago