Categories: AlbumUlasan

Review Album: Zikir Penambat Rindu – Rabbani

RINDU… itu ungkapan pertama saya sebaik memutarkan album ini. Tiada apa yang mampu diungkap lagi mendengar kelunakan  Almarhum Ustaz Asri Rabbani dalam album ini.

ZIKIR PENAMBAT RINDU nama diberi buat album zikir yang entah ke berapa kali karya almarhum. Album terbitan Rabbani Production ini mengandungi 29 track, semuanya zikir, selawat dan doa.

Mendengar album ini, terasa melayang. Dengan kelunakan suara Almarhum, seolah menarik para pendengar untuk ‘masuk’ menghayati album ini. Suara mendayu Almarhum, ahhh…. Cukup terbuai dibuatnya.

Dari segi teknikalnya, semuanya perfect, terutama reverb pada suara Almarhum yang kedengaran tight dan mampu menambah feel album ini. Tidaklah terlalu dry dan terlalu wet, just nice. Background effect dan vocal pun sedap. Tahniah production team!

Apapun, jika anda merupakan peminat album zikir dan Almarhum Ustaz Asri serta Rabbani, ini albumnya. Dengarkan, anda pastu akan dibuai Penambat Rindu padaNya….

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago