Categories: AlbumUlasan

REVIEW: Madeehul Mustafa – Mawlay: Menjadi Pencinta Rasulullah

Rasanya tidak banyak dipasaran album yang berkonsepkan maulid, qasidah dan selawat. Jika adapun, banyak yang tidak dipasarkan secara komersil.

Rabbani Production sekali lagi mengambil inisiatif menerbitkan album berkonsep sebegini. Kali ini, mereka menengahkan sebuah kumpulan qasidah dari Singapura, Madeehul Mustafa.

Album yang bertajuk Mawlay: Menjadi Pencinta Rasulullah ini memuatkan beberapa buah lagu, semuanya berkonsepkan maulid, qasidah dan selawat.

Album yang mengandungi 9 track ini dirakam di studio luar Negara. Mendengar keaslian album ini dengan rentak perkusi padang pasir membuatkan kami cukup teruja. Apa tidaknya,sangat sukar untuk mencari album nasyid yang menggunakan 100% instrument perkusi ketika ini.

Antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Madad Ya Rasulallah, Bi Toha Al-Musyaffa, Sayyidur Rijal dan beberapa lagi. Cukup seronok mendengar album ini dengan alunan perkusi yang sederhana. Wah, tak sangka pula ada kumpulan sehebat ini dari kota singa!

Album edaran Rabbani Production ini sudah berada di pasaran. Mahukan irama maulid yang ‘pure’? Ini albumnya?

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago