Categories: AlbumUlasan

Review: Far East – Kilauan Khazanah

Kali ini Far East menerbitkan semula kompilasi yang memuatkan seleksi lagu-lagu mereka yang pernah dirakam dalam album-album terdahulu. Ada dua lagu baru yang dimuatkan dalam album ini. Hmm, nak jugak dengar apa yang menarik dalam album ini

Law Kana Bainana. Lagu ini dirakam semula oleh Far East. Yang menariknya, hampir 80% susunan muziknya adalah dicedok daripada muzik asal yang  dirakam oleh Abdulrahman Mohammed, namun mereka telah memperbaharui  muzik tersebut menjadi lebih hidup lagi. Ditambah dengan harmoni yang melatari. Inilah versi terbaik pernah saya dengar dan saya yakin anda juga akan setuju. Dan Raqib Majid AF9 menunjukkan kekuatan vokalnya dalam nyanyian kali ini. Best!

Jilbab Putih. Mantap vokal bertaranum mereka kali ini. Muzik juga sedap apabila mereka mengadun muzik tradisional arab dengan elemen muzik ala techno. Mantap lagu ini, memang alunan padang pasir yang terbaik

Lagu-lagu lainnya juga baik seleksinya. Cuma apabila dikatakan kompilasi, mungkin dapat diselitkan dengan lagu-lagu lama mereka seperti Cinta Pertama, Nursyahadah dan lagu ‘killer’ mereka, Saat Lafaz Sakinah. Hmm tapi saya percaya, mungkin ada sebab tersendiri.

Ia bukan sekadar kompilasi. Ia menyimpan khazanah Far East yang berkilau. Dapatkan yang original!

-Munsyeed{Dot}Com

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago