Categories: AlbumUlasan

Review: Muhibbain – Mengenal Cinta

MUHIBBAIN.  Nama baru yang muncul dalam industry nasyid. Menurut seorang kawan, mereka adalah terdiri daripada sahabat-sahabat yang menghadiri majlis Taalim Darul Murtadza pimpinan Al-Habib Ali Zainal Abidin. Sangkaan saya, mungkin album berkonsep maulid seperti yang biasa saya dengar. Namn jangkaan saya ternyata meleset.

Inlay album ini simple, tanpa design-design yang complicated. Hmm, apa pula konsep mereka kali ini ya? Jom kita dengar. OKEH JALAN!

Track 1:  Kunci Syurga – Bermula dengan track pop biasa dengan dilatari denga elemen elektronika yang simple. Gaya  vocal yang simple dan bersahaja. Serba ringkas namun banyak juga mesej lagu ini. Cuma ada certain track harmoni yang seolah tak betul mix depan dan belakangnya. Namun chorusnya memang mudah melekat.

Track 2: Mengenal Cinta – Penggunaan synthesizer berleluasa dalam lagu ni, sambil dilatari muzik yang laid back. Track ini dipilih sebagai single utama, kerana ada juga nilai komersil dalam lagu ini. Dan saya setuju jika lagu ini jadi single utama. Best.

Track:3 – Find My Way Home. Alamak…. Bau lagu ala Maher Zain, Irfan Makki sangat kuat. Lagu ballad dan Nampak lagu ini sedikit sebanyak menampakkan vocal sebenar mereka. Saya bukanlah orang yang mahir dalam bahasa Inggeris Cuma ada beberapa tempat yang pronountationnya agak sedikit artifikal. Namun,  cubaan yang baik.

Track 4: Kembali Kepada Cinta – Mood lagu ini diadun dengan rentak R&B. Cuma sound synthtesizer ala Moog tu dimix terlalu kedepan dan banyak mengganggu mood lagu ini. Lagu ini ada vibenya, namun mungkin dapat diperbaiki dari segi mixingnya.

Track 5: Little Child – Lagu Inggeris yang melodinya sangat best, seolah ingin mendodoi anak. Muziknya cukup ringkas dan sangat bersahaja, namun menarik.

Track 6: Taman Syurga: Sekali lagi menyaksikan muzik elektronika mengusai. Chorusnya boleh tahan melekat juga.

ELEKTRONIKA. Rasanya baru pertama kali saya mendengar album nasyid yang pekat betul muzik elektronika sebegini. Padat dengan eksperimen bunyian synthesizer yang mantap. Namun tak salah nak cuba sesuatu untuk mewarnai industry kita bukan? Apapun, album ini memang mengajak kita untuk MENGENAL CINTA

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago