Categories: KhasKolum

Teguran Farihin Abdul Fatah Buat…

Teguran Farihin Abdul Fatah

 

Tahniah kepada semua yang ikhlas berusaha untuk mendapat redha ALLAH dan takziah buat pencari pujian manusia kerana pentas anda kini di kuasai oleh para Habaeb & Ulama’2 yang makin ‘sold-out’ dan laris.

Kepada munsyideen, orang mukmin itu bersaudara tiada batasan sempadan, yang soleh & ikhlas kita bantu dan kita sokong, yang khianat dan beragenda dajjal sama2 kita bendung. Usaha bertubi harus di teruskan agar syiar Allah bertebaran namun bukan syarat untuk mendapat sokongan manusia dan tiada jaminan pujian manusia.

Nabi Muhammad S.A.W. ketika di protes di Ta’if tidak pernah menyalahkan sahabat atau malaikat Jibril kerana tidak buat ‘promosi atau pemasaran’ tentang Baginda S.A.W. yang suci lagi terpuji. Malah Baginda S.A.W. tetap meneruskan tugas mulia hingga darah membasahi ke telapak kaki.

Siapa kita yang sarat dgn noda dan dosa hanya mahu sokongan dan pujian manusia? Sedar atau tidak para da’ie tetap dalam pembelaan Allah kerana mereka ikhlas dan berbangga dengan kerja yang paling mulia ini.

Malang sekali jika kita malu dengan tugasan dakwah, jenuh berlapek dengan istilah-istilah kabur padahal itulah kerja yang paling mulia di langit dan bumi… Jangan sampai nanti kita malu nak mengaku kita ni hamba ALLAH…waliyazubillah.

 

Farihin Abdul Fatah

*Farihin Abdul Fatah merupakan komposer dan pemuzik terkenal Malaysia. Beliau yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan Raihan di awal kemunculan Raihan pada tahun 1997 sehingga album pertama Raihan mencatat jualan album melebihi 600,000 unit. Beliau kini aktif terlibat dalam penerbitan program TV seperti Dikir Zikir (TV AlHijrah) dan banyak lagi.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago