Penyanyi solo nasyid? Just another pop singer? Itu yang terbayang di fikiran saya. Beberapa kali disogok dengan album penasyid solo membuatkan saya sedikit mengeluh. Takkan benda yang sama lagi kot?
Saya cuba mengenepikan sikap prejudis tersebut bila menerima album sulung Taleeb Mizad yang bertajuk Syukur Alhamdulillah. Oh, brader ni la yang berlakon dalam VC Janji Hijjaz tu yer?
Membuka inlay albumnya, rasanya design yang simple. Cuma saya tak berapa nampak tulisan yang dekat penghargaan tu. Ataupun saya dah rabun??? Hehe
Okaylah, taknak buang masa jom review. JALAN!
Track 1 : Ku Bersyukur: Dengar intro gitarnya sahaja saya dah rasa, mesti ada benda yang fresh ni. Telahan saya tepat. Album ni dibuka dengan lagu fast moderate, energetik sungguh! Pop rock yang deras menjadi sandaran track ini. Wow, nampaknya eksperimen artis baru HRSB ni menjadi.
Track 2 – Akulah HambaMu: Track ini kedengaran seakan ballad namun agak tight dengan guitar works yang memang in-your-face. Ballad yang sarat dengan tenaga. Budak ni bukan calang2 beb!
Track 3 – Restu Cinta: Track pop yang ringan, laid back. Cukup simple, namun saya suka cara susunan melodi lagu ni bergerak daripada mula sampai akhir. Mungkin lagu ni sangat sesuai diangkat sebagai single utama. Susunan muzik yang sangat padat, seakan tak mahu beri ruang kosong. Ini track pilihan saya untuk album ni!
Track 4 – Kska: Sekali lagi muzik berteraskan pop-rock yang sedikit berat pembawaannya untuk artis nasyid. Saya tak tahu kenapa Hijjaz memilih konsep sebegini untuk Taleeb Mizad, namun begitu beliau nampak cemerlang untuk membawa diri dan tidak tenggelam (overshadow) dengan muzik sebegini.
Track 5- Setiaku Disini: Sama jugak seperti sebelumnya, Cuma kawalan vocal Taleeb ketika menyanyikan lagu pada part yang bernada tinggi tampak seperti berhati-hati.
Track 6 – Perutusan Rindu: Sekali lagi Taleeb Berjaya membawa lagu ‘Rock Ballad’ dengan cemerlang. Guitar work untuk lagu ni sangat berat. Cuma pesan saya, pastikan jangan sampai anda tenggelam dalam arus muzik sebegini ye
Okay, jujur. Pada mulanya saya ingat beliau hanyalah ‘Just another pop singer’ yang tipikal, yang bersepah dalam industri kita. Namun sangkaan saya MELESET 100%!……. album ini agak berat untuk genre nasyid! DAN SANGAT BERBALOI!
Kali ini tidak banyak eksperimen pelik dan karut marut, Cuma lebih kepada eleman tight dan straight forward. 80% susunan muzik dalam album ini dipenuhi dengan guitar works.
Dengan muzik yang mungkin boleh saya namakan sebagai ‘Power Nasyid’ (setaraf genre power pop, power rock dan power metal), beliau tampak berjaya create identiti yang tersendiri untuk berjuang dalam industri muzik tanah air. Dan kredit juga saya berikan pada produksi album yang memberikan kualiti yang terbaik buat album ini.
[button type=”link” link=”https://itunes.apple.com/my/album/taleeb-mizad-syukur-alhamdulillah/id793576968?uo=4″ variation=”btn-success” target=”blank”]Download[/button] [button type=”link” link=”http://open.spotify.com/album/6UbL71ULsLxGUMD5voOlKf” variation=”btn-success”]Dengar di Spotify[/button]