Categories: BeritaTempatan

Single Kembali – Dari Taqie Nice Kepada Raqib Majid

Sedutan klip video Kembali nyanyian Raqib AF

Sekitar penghujung Ogos dan awal September tahun lepas, pihak pengurusan UNIC Records telah mempromosikan lagu Kembali sebagai single terbaru bekas vokalis kumpulan Nice, Wan Taqiuddin. Tetapi, baru-baru ini pihak pengurusan UNIC Records membuat kejutan dengan mengumumkan lagu Kembali bakal dinyanyikan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia, Raqib Majid.

Keputusan ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak terutama peminat-peminat Taqie. Ini kerana, perubahan yang dilakukan oleh UNIC Records ini melibatkan 2 orang artis yang mempunyai peminat mereka tersendiri. Suka ataupun tidak, Raqib dan Taqie tidak boleh lari dari peminat-peminat yang akan membanding-bandingkan vokal dan cara penyampaian mereka dalam lagu Kembali. Namun, kami percaya UNIC Records mempunyai alasan yang tersendiri dalam mengatur perjalanan seni artis-artis yang bernaung dibawah mereka.

showinfo=1

Lagu Kembali merupakan hasil ciptaan komposer terkenal, Sham Kamikaze dan lirik oleh Habsah Hassan.

Sebagai artis baru, Raqib Majid dianggap bertuah kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan UNIC Records untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik ternama seperti Sham Kamikaze dan Habsah Hassan.

Tampil dengan imej trendy dan stylo, Raqib Majid merupakan ikon muda yang sedang digilap bakatnya oleh UNIC Records. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi sepanjang bersama Hijjaz Records, UNIC dilihat sedang berusaha keras bagi memastikan kerjaya seni Raqib Majid bersinar bagaikan bintang.

Kejayaan lagu Bintang Syurga hasil kolaborasi mantap Raqib Majid dan UNIC merupakan langkah pertama yang diambil UNIC untuk menyerlahkan potensi Raqib. Menerusi lagu Kembali, UNIC Records memberi peluang kepada Raqib untuk menonjolkan diri dan bakatnya dalam single kedua beliau tanpa dibayangi oleh UNIC.

Tidak mahu bercakap panjang, jom kita dengarkan pradengar lagu Kembali nyanyian Raqib yang disediakan oleh UNIC Records.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, Raqib telah pun selesai menjalani rakaman video muzik lagu Kembali yang akan menjadi single kedua beliau. Video tersebut kini dalam proses penyuntingan dan akan diterbitkan tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan kepada Raqib dan juga UNIC Records. Semoga terus cemerlang dan maju kehadapan.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago