Categories: BeritaTempatan

Sah! Suci Sekeping Hati 2025 Dilancarkan Hari Ini

Selepas mencetuskan keterujaan peminat dengan teaser rakaman di studio, hari ini kumpulan Saujana, Amin Idris dan Wany Hasrita secara rasmi mengumumkan pelancaran lagu Suci Sekeping Hati versi 2025.

Projek ini direalisasikan dengan kerjasama jenama telekung premium, Tudung Siti Khadijah, yang menjadikan kolaborasi ini lebih bermakna dan berjiwa spiritual.

Lebih menarik, video muzik rasmi lagu ini akan ditayangkan pada jam 3.00 petang hari ini di YouTube, memberi peluang kepada peminat untuk merasai sendiri keindahan versi baharu lagu yang pernah menjadi kegemaran ramai ini.

Dengan susunan muzik yang lebih segar serta gandingan istimewa termasuk kepulangan dua bekas ahli Saujana, Dr Ley dan Datuk Dr Izzu, versi terkini Suci Sekeping Hati 2025 dijangka membawa nostalgia dan kesan mendalam kepada pendengar.

Peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan video muzik yang dinantikan ini.

Jangan lupa saksikan tayangan perdananya tepat jam 3.00 petang di YouTube!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago