Categories: BeritaTempatanTerkini

Izwan NICE Bakal Buat ‘Come Back’ Dengan Lagu “Suci”?

Anggota kumpulan nasyid NICE, Izwan, bakal membuat kemunculan semula dengan single terbarunya berjudul Suci.

Walaupun masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi, Izwan baru-baru ini telah mengeluarkan video acah berdurasi 30 saat yang cukup untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminatnya.

Menariknya, Izwan memilih untuk melancarkan Suci dalam bulan Ramadan kerana mesej yang dibawakan dalam lagu ini sangat sesuai dengan bulan keampunan dan keberkatan.

Setakat ini, maklumat mengenai komposer dan penulis lirik lagu Suci masih belum didedahkan, menambahkan lagi elemen kejutan buat para peminat yang sudah lama menantikan karya terbaharunya.

Video acah yang dimuat naik di platform TikTok tersebut turut dikongsikan dalam beberapa kumpulan Whatsapp lain, mendapat reaksi positif, dengan ramai yang tidak sabar untuk melihat comeback Izwan selepas sekian lama menyepi daripada dunia muzik.

Adakah Suci bakal membawa kelainan dalam perjalanan seni Izwan?

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada beliau dalam masa terdekat.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago