Categories: BeritaTempatanTerkini

Ramai Orang Thailand Guna Lagu KasihMu di TikTok

Lagu KasihMu nyanyian Gau Nasheed dan Ustaz Firdaus sering muncul di ruangan fyp di Tiktok.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Mizie Khamis ini menjadi pilihan pengguna TikTok sejak ia dilancarkan pada 24 Mei 2024.

Menampilkan melodi yang indah dan lirik yang menyentuh hati, “KasihMu” berjaya menawan hati pendengar hingga pernah menduduki tempat pertama dalam carta Nasyid IKIMfm dan kini masih bertahan di tangga kedua.

Selain itu, lagu ini turut mendapat perhatian di TikTok, di mana ramai pengguna, khususnya dari Thailand, menggunakan lagu ini sebagai latar belakang dalam video mereka.

Fenomena ini menjadikan “KasihMu” semakin popular di rantau ini.

Di platform YouTube, lagu ini juga mencatat kejayaan membanggakan apabila telah mencapai 140,000 tontonan sejak ditayangkan.

Bagi yang belum mendengar, “KasihMu” boleh dinikmati di semua platform penstriman muzik.

Teruskan menyokong karya tempatan dan hayati mesej keindahan kasih sayang Ilahi yang disampaikan dalam lagu ini!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago