Categories: BeritaTempatanTerkini

”Dengar lagu ini, terus rasa kemeriahan berpuasa di kampung…”

Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, SOOFI ALL STARS tampil buat pertama kalinya dengan sebuah lagu istimewa berjudul Syukur Ramadan.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Huzaimi Zaini (Kojem) dengan lirik oleh Nor Kamal Ahmad (NKA), diterbitkan dan diedarkan oleh Soofi Studio.

SOOFI ALL STARS merupakan gabungan artis di bawah pengurusan Soofi Studio yang terdiri daripada kumpulan Major 9, Marhaen, serta kumpulan baharu Adam.

Turut menambah warna dalam projek istimewa ini adalah penyanyi solo baharu, Sofha Hafizin.

Mengangkat konsep Irama Malaysia, Syukur Ramadan membawa mesej kegembiraan dalam menyambut bulan suci ini.

Liriknya yang mudah difahami mengajak pendengar untuk bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadan.

Menariknya, lagu ini turut diselitkan dengan bacaan doa berbuka puasa yang digubah dengan melodi yang mudah diikuti oleh semua lapisan umur.

Lagu ini diterbitkan oleh Kojem Nowseeheart, Hisyam Marhaen, dan Fikri Major 9.

Gabungan vokal segar daripada barisan artis yang terlibat memberikan keunikan tersendiri dalam penyampaian lagu ini.

Rakaman dijalankan di Platinum Studio, Damansara, bagi memastikan hasil terbaik buat para pendengar.

Syukur Ramadan boleh dinikmati di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music bermula 1 Mac 2025.

Manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Soofi Studio pada tarikh yang sama bermula jam 10.00 malam.

Sambutlah Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama Syukur Ramadan!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago