Categories: Epal PedasKolum

“Sasaran 1 Billiyuuuunn!!” – Epal Pedas Cari Mana Artis Nasyid Senior?

Salam hormat dan salam ukhwah.

Sejak berada di wilayah Munsyeed Dot Com ini, laras bahasa EP pun sudah berubah sikit. Masuk rumah orang kenalah bagi salam gitu…

Baru-baru ini EP terjumpa satu posting di Facebook tentang ‘nasyid’ dan barulah EP sedar selain Munsyeed Dot Com, ada Munsyeed lain lagi. Yang baru jumpa ini bertajuk ‘Munsyid Malaysia’.

Apakah ini ‘Persatuan Munsyid Malaysia’ atau satu ‘Pertubuhan Kumpulan Nasyid Malaysia’ yang sebaris dengan ‘Persatuan Karyawan Malaysia’ atau ianya sama seperti Munsyeed Dot Com yang agak sendu ini. (sendu mungkin kerana masih kurang ‘like’ atau persembahannya yang ‘tawar’. Entahlah…

Berbalik kepada posting di Facebook tadi, tajuknya: “Sasaran 1 Billiyuuuunn!!” Apa tu ya? Peminat nasyid ke?

Bila membaca tajuk posting itu, EP jadi lebih teruja untuk membaca isinya:
“Kunjung Hormat dan perbincangan mengenai dunia liputan media terutamanya perhatian terhadap konten Islamik, nasyid dan peranan media sosial dari wakil Munsyid Malaysia bersama Astro Awani”.

Wow! Sesuatu yang sangat menarik. Satu perkembangan yang baik dalam industri nasyid. EP terus membaca:
“Munsyid Malaysia diwakili oleh Penolong Setiausaha Saudara Muhammad Mahdi Bin Mohd Tholaat dan AJK Biro Komunikasi Strategik iaitu Muhammad Akmal Bin Mustafa Kamal dan Usamah Bin Kamaruzaman. Manakala wakil Astro Awani ialah oleh Saudara Hilal Azmi yang dengan sangat jelas membuat perkongsian tentang fenomena kuasa media sosial hari ini dalam kehidupan harian apatah industri kewartawanan”.

Wow! Wow! Wow! Bukan kaleng-kaleng Munsyid Malaysia ini.

Terlebih dahulu EP mengucapkan Syabas kepada Munsyid Malaysia atas satu aktiviti perbincangan yang sangat baik ini. Semoga dengan kunjungan hormat dan perbincangan dengan wakil badan penyiaran swasta yang besar ini akan membuahkan hasil yang baik kepada industri nasyid di masa akan datang. Munsyid Malaysia dapat belajar sesuatu untuk di bawa pulang kepada ahli-ahli (jika ianya Persatuan) dan dilaksanakan untuk membangunkan Nasyid ke peringkat yang lebih tinggi. Sekali lagi ‘Tahniah”.

Dalam pada itu disertakan beberapa keping gambar kunjungan hormat tersebut. Namun, tidak ada seorang pun dari mereka di dalam gambar yang EP kenal. EP baru lagi dalam nasyid. Lama-lama nanti kenal lah penasyid-penasyid berkenaan dan tahu dari group mana mereka itu atau penasyid solo.

Dalam pada itu EP tercari-cari penasyid senior (lama) dan ternyata tiada seorang pun wakil daripada penasyid lama datang dalam kunjungan hormat tersebut. Mungkin sedang sibuk di studio atau sedang berada di atas pentas membuat persembahan.

Tidak susah untuk membezakan penasyid lama dan baru. Kalau penasyid lama tentunya berkopiah dan fesyen pakaian Islamik yang sama atau sedondong. Nampak lebih berwibawa.

Pada pandangan EP, jika ada sosok dari kumpulan nasyid senior seperti Raihan, Rabbani, Brothers dan Solehah (masih wujud ke) kunjungan hormat itu akan lebih besar dan bermakna. Pertemuan itu mungkin akan berlangsung di meja mesyuarat sebenar dan ianya lebih ‘serious’ dengan peralatan siaraya yang lengkap.

Pertemuan yang telah berlangsung itu tampak lebih santai dan mungkin berlanjutan hingga ke ‘mamak’ biasanya. Mungkin ianya dirangka begitu.

Untuk pertemuan dan kunjungan hormat akan datang, biar lebih bersedia dan dihadiri ramai dari kumpulan nasyid senior dan junior Utara, Selatan, Timur & Barat. Baru boleh dapat 1 Billiyuuuunn dik.

Epal Pedas – Suka lagu-lagu lama Raihan kerana dah tak ada lagu baru.

Penafian: Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Munsyeed Dot Com

Epal Pedas

Artis hotz yang tak suka melihat ketidakadilan. Suka berterus terang. Tak pandai berlapik. Hanya yang tulus dan terang lagi bersuluh.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago