Categories: BeritaTempatan

“Ajwad, aku nak suara kau masa sekolah menengah!” – Ajwad Amal Pegang Watak Siddiq dalam ILM – Kebangkitan Khalifah

Sah! Bukan satu, sebaliknya dua! Selain watak Kareem, ada satu lagi watak dalam siri animasi ILM – Kebangkitan Khalifah yang bakal menampilkan suara penyanyi nasyid. Watak tersebut adalah Siddiq!

Siddiq, watak anak muda yang bersemangat tinggi dan ceria, bakal digalas oleh penyanyi kumpulan Du’a; Ajwad Amal.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ajwad terkejut apabila dipilih untuk menyumbang suara bagi watak Siddiq dalam siri animasi tersebut.

“Sebenarnya saya terlibat secara langsung juga untuk ‘scouting’ bakat-bakat suara bagi animasi ini.”

“Tapi satu hari, tiba-tiba pengarah ILM, saudara Nabil minta saya hantar ‘voice sample’ untuk potongan skrip ILM tanpa diberitahu secara jelas apa watak yang saya akan bawa.”

“Dengan sedikit pengalaman melakonkan suara sebelum ini, saya pun cuba sahajalah.”

“Katanya watak ‘young boy’, energetic, happy go lucky. Okay challenge accepted!”

“Berbeza dengan watak Papa Omar & Hana yang saya pernah bawa, watak SIDDIQ menuntut energy yang berbeza. Maknanya, kepitlah suara selagi boleh!”

“Alhamdulillah mereka pilih saya dan arahan pengarah yang saya sering dengar sewaktu rakaman ialah – “Ajwad, aku nak suara kau time sekolah menengah!” – Memang mencabar sungguh! Tapi seronok dan puas rasanya dapat bawa watak ni.”

Siri animasi ILM – Kebangkitan Khalifah akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform Durioo+ bermula Ramadan 2024 ini.

Sedikit sinopsis siri animasi ILM – Kebangkitan Khalifah:

Pada tahun 4030, sekumpulan wira Muslim cuba bangkit dari penindasan Zaleem dan tenteranya pasca peperangan Mech. Siddiq dan Farooq adalah sebahagian yang berjuang menentang kegelapan dan kezaliman melalui penjejakan – ILM.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago