Categories: BeritaTempatan

Saujana Rilis Album Baru Versi Digital

Akhirnya! Setelah beberapa tahun tanpa album, kumpulan nasyid popular, Saujana akhirnya mengumumkan pelancaran album terbaru mereka berjudul Aku Cinta Allah.

Kami secara peribadi begitu teruja dengan kehadiran album terbaru daripada Saujana. Selepas kejayaan single Penerang Hati nyanyian 6ixth Sense dan Saujana, kami menjangkakan Saujana akan tampil dengan lagu berkiblatkan konsep lagu Penerang Hati. Nyata jangkaan kami meleset 100% apabila Saujana muncul dengan album zikir dan selawat yang berkonsepkan theraphy music.

Mendengar 16 track yang disusun dalam album ini membuatkan kami terbuai dengan alunan zikir yang cukup syahdu daripada Saujana. Keunikan suara harmoni Saujana yang melatari zikir yang disertakan dengan makna ini sedikit sebanyak meredakan kegusaran hati, mententeramkan jiwa dan sebagai terapi terbaik buat kita selaku pendengar. Iringan muzik yang lembut dalam album ini membuatkan ia sesuai untuk pelbagai lapisan umur sama ada bayi, remaja, mahupun dewasa.

Buat masa ini, Saujana menerbitkan album ini dalam format digital yang boleh didapati di iTunes dan juga Spotify.

Untuk format fizikal album, Saujana memaklumkan ia akan mula menemui peminat dalam masa terdekat.

Untuk pembelian di iTunes, anda boleh klik link ini: Saujana – Aku Cinta Allah.
Untuk mendengar di Spotify, klik disini: Saujana – Aku Cinta Allah.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago