Masalah jerebu yang melanda negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Ia berikutan tahap indeks pencemaran udara yang direkodkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencatatkan peningkatan dari hari ke sehari. Semalam, YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan darurat berkuatkuasa di beberapa tempat yang terjejas teruk.
Pihak Munsyeed mengikuti secara langsung perkembangan indeks pencemaran udara yang disiarkan oleh kementerian bertanggungjawab di laman web rasmi kementerian disini: Indeks Pencemaran Udara. Dengan peningkatan ini, kerajaan dijangka bakal menambahkan lagi bilangan kawasan yang diisytiharkan darurat akibat bencana ini.
Tinjauan kami di beberapa akaun laman sosial mendapati, ramai artis yang memberi peringatan kepada para peminat agar mengikuti langkah-langkah penjagaan kesihatan sepanjang musim jerebu ini. Tidak kurang juga artis yang turut mempromosi pemakaian topeng keselamatan (mask) kepada para peminat menerusi laman sosial mereka.
Munsyeed kagum dengan artis-artis yang sangat prihatin dengan perkembangan semasa dan menggunakan populariti mereka untuk mengajak peminat kearah kebaikan.
Berikut kami kongsikan gambar-gambar artis yang sempat kami lihat di laman sosial Facebook dan Instagram.
Syah Inteam dan 3 orang heronya.
Gambar yang dikongsikan oleh Inteam di laman Facebook mereka.
Hafiz memberi nasihat kepada para peminatnya supaya memakai mask apabila berada di luar.
Gambar yang dikongsikan vokalis utama Aidil, Fadzli di Instagram beliau.
Yang ini luarbiasa sedikit.
Siapa lagi kalau bukan Mr Bie. Raja Parodi merangkap vokalis kumpulan Feel Honey.
Kami berharap, para pembaca dapat menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi jerebu ini. Semoga segalanya selamat dan masalah jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin.
– Munsyeed Dot Com