Antara salah satu aktiviti kegemaran kami di Munsyeed ialah mencari dan menonton video nasyid baharu di laman Youtube.Com. Baru-baru ini, kami terjumpa video promo album terbaru kumpulan nasyid dari Kedah, kumpulan Simfoni yang berjudul Mencari Cinta Hakiki. Lagu-lagunya menarik dan vokal kumpulan Simfoni juga boleh tahan sedap. Kami pun terus mencari bahan mengenai kumpulan Simfoni untuk dikongsikan bersama pembaca Munsyeed.
Kumpulan nasyid Simfoni ditubuhkan pada akhir tahun 2009 dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang kesemuanya berasal dari utara Malaysia (Kedah). Menurut salah seorang anggota kumpulan Simfoni, nama Simfoni sebenarnya merupakan akronim atau singkatan bagi “Silaturrahim Forum Nada Islami”. Ia adalah nama yang disepakati oleh kesemua ahli kumpulan tersebut.
Walaupun berpusat di Kedah, Kumpulan Simfoni tetap memenuhi undangan persembahan pentas dari serata tempat di tanahair. Mereka aktif menerima undangan persembahan nasyid untuk pelbagai majlis yang dianjurkan pelbagai pihak.
“Alhamdulillah sepanjang bergiat dalam industri nasyid ini, kehadiran Simfoni di sambut baik oleh peminat-peminat nasyid di luar sana. Sekarang, Simfoni bergerak sendiri di bawah syarikat Simfoni Artwork & Training Centre.” ujar Ahmad Ifham, salah seorang vokalis kumpulan Simfoni.
Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, Ifham memaklumkan yang Simfoni sedang giat menjalankan promosi album sulung mereka yang berjudul Mencari Cinta Hakiki.
“Setakat ini sambutan yang diberikan oleh para peminat di lokasi promosi amat menggalakkan. Respon mereka cukup positif dan ini memberikan semangat dan kekuatan kepada kami untuk terus bekerja keras menghasilkan yang terbaik untuk industri muzik Malaysia.” jelas Ifham.
Simfoni di anggotai oleh 5 orang jejaka kacak dari Kedah. Berikut, kami kongsikan profil ringkas kelima-lima ahli kumpulan Simfoni kepada anda.
- Ahmad Ifham B Solhi Tahor.
Ijazah Sarjana Muda Syariah di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - Imtiaz Ikrimal B Roslee.
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - Muhammad Hazran B Muhammad
Bahasa Arab di Institut Perguruan Perlis (Kangar) - Mohd Firdaus Naim B Desa
Ijazah Sarjana Muda Hadis dan Pengajian Islam. Universiti Islam Madinah Saudi Arabia. - Mohamad Anas B Mohamad Naem.
Ijazah Sarjana Muda Hadis dan Pengajian Islam. Universiti Islam Madinah Saudi Arabia.
Jom kita dengar dan tonton video promo album terbaru Simfoni berjudul Mencari Cinta Hakiki.
Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Simfoni, anda boleh layari Facebook rasmi mereka disini: Facebook Simfoni.
– Munsyeed Dot Com