Categories: BeritaTempatan

“Saya berharap ‘Wahyu’ dapat menyentuh hati setiap pendengar…” – Ammar Mukhlis

Arteffects Sdn. Bhd. dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran single terbaharu daripada Ammar Mukhlis berjudul “Wahyu”.

Lagu ini hadir disaat umat Islam sedang menantikan bulan penuh barakah; Ramadan al-Mubarak.

“Wahyu” membawa mesej mendalam tentang keindahan serta kemuliaan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.

Sebagai Qari Kebangsaan, personaliti TV Islamik, dan figura berpengaruh dengan jutaan pengikut di TikTok, Instagram, dan YouTube, Ammar Mukhlis terus menginspirasi masyarakat melalui bacaan Al-Quran dan kandungan dakwah.

Kini, menerusi “Wahyu”, beliau mengajak pendengar untuk lebih menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup.

Lagu ini digubah sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun, komposer prolifik dengan karya-karya bernuansa Islamik, yang turut menulis liriknya.

“Wahyu” membawa pendengar mengimbas detik agung turunnya wahyu pertama serta peranan Al-Quran dalam memberi petunjuk dan kekuatan kepada umat manusia.

“Lagu ini bukan sekadar sebuah nyanyian, tetapi sebuah karya yang mengajak kita lebih dekat dengan Al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang bakal tiba yang penuh keberkatan. Saya berharap ‘Wahyu’ dapat menyentuh hati setiap pendengar dan membawa mereka kepada penghayatan yang lebih mendalam tentang wahyu Ilahi,” kata Ammar Mukhlis.

Single “Wahyu” kini boleh distrim di Spotify, Apple Music, Deezer, dan YouTube Music. Video muzik rasmi turut dilancarkan dan boleh ditonton di saluran YouTube VEVO Sony Music Malaysia.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago