Categories: BeritaNasyid @ School

Auranis Raih Perhatian, #AuranisChallenge Tular di TikTok

Kumpulan nasyid sekolah, Auranis, dari Maktab Mahmud Alor Setar, semakin mencuri perhatian apabila cabaran #AuranisChallenge tular di platform TikTok.

Cabaran ini menyaksikan ramai peminat dan pengikut dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand membuat rakaman nyanyian semula lagu kumpulan tersebut, membuktikan pengaruh mereka semakin meluas.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Auranis dianggotai oleh 10 pelajar berbakat: Azza Zahira, Nurdamia Qaisara, Nur Auni Maisarah, Anis Najihah, Auni Nisa’, Ummu Sulaiem, Nur Izzatul Wafa’, Nur Izzatul Hana’, Nur Adlin Amani, dan Dahlia Nuxma.

Pencapaian Cemerlang

Sejak penubuhannya, Auranis terus mencipta nama dalam pelbagai pertandingan nasyid peringkat negeri dan kebangsaan. Antara pencapaian terbaik mereka ialah:
✅ Johan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan 2023
✅ Johan Majlis Ihtifal Ilmi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah 2023 & 2024
✅ Tempat Ketiga Majlis Ihtifal Ilmi MIISMAM Peringkat Kebangsaan 2024
✅ Naib Johan Pertandingan Nasyid Terbuka Sempena Maulidur Rasul 2024

Selain pertandingan, Auranis juga aktif membuat persembahan di pelbagai majlis rasmi.

Mereka pernah diundang mempersembahkan nasyid di Kediaman Menteri Besar Kedah, Dewan Sri Mentaloon, serta majlis anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Pada 19 Februari 2025, mereka dijadualkan membuat persembahan sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Hotel Raia.

Harapan & Masa Depan

Jurulatih Auranis, Mohd Hafiz Abdul Rahman berharap kumpulan ini terus berkembang dan kekal istiqamah dalam menyampaikan mesej positif melalui nasyid. “Semoga Auranis sentiasa merendah diri dan istiqamah dalam menyampaikan kebaikan,” katanya.

Auranis juga dalam perancangan untuk merekodkan single pertama mereka dengan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hafiz sendiri.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih serta sambutan luar biasa daripada peminat, Auranis dilihat sebagai salah satu kumpulan nasyid sekolah yang berpotensi besar dalam industri nasyid tanah air.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago