Categories: BeritaTempatan

“Meriahnya konti malam ini!” – SalamFM Sambut Ulang Tahun Ke-16

Radio SalamFM, sebuah stesen penyiaran di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menyambut ulang tahunnya yang ke-16 dalam suasana penuh kesederhanaan tetapi bermakna.

Konti studio SalamFM gamat dengan kehadiran para penyampai dan penerbit yang memeriahkan acara sambutan ulang tahun stesen pada malam semalam.

Lebih istimewa, SalamFM tidak hanya bersiaran di radio sahaja semalam, tetapi turut membuat siaran langsung (live) di TikTok rasmi SalamFM bagi berkongsi momen penting acara sambutan bersama para pendengar setia.

Ini membuktikan keterbukaan SalamFM dalam mendekati pendengar dengan lebih interaktif melalui platform digital yang semakin popular.

Majlis santai ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Pengarah Kanan Radio SalamFM, Encik Muhammad Sariman Abd Manap, yang berkongsi perjalanan dan pencapaian stesen radio ini sepanjang 16 tahun bersiaran.

Bacaan doa selamat dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Husaini Mahmur, memohon keberkatan dan kejayaan berterusan buat SalamFM.

Penyampai SalamFM

Antara penyampai yang hadir memeriahkan sambutan ialah Ciknap (Ahnaf Bakar), Arif Radzi, Maria, Yunie Yunos dan Farhana.

Kehadiran mereka menceriakan lagi suasana, menambahkan kemesraan antara kru SalamFM dan para pendengar setia.

Namun, beberapa penyampai tidak dapat turut serta dalam acara ini, termasuk Amri dan Sofia Abdullah, serta penerbit Syafia, Azizah, Muzzamil, dan Shaliza.

SalamFM, dengan tagline “Menjana Minda”, terus komited dalam menyampaikan kandungan bermanfaat kepada pendengar.

Ulang tahun ke-16 ini menjadi bukti kepercayaan para pendengar terhadap SalamFM dalam menyebarkan informasi serta dakwah yang mendidik dan menyentuh jiwa.

Dalam pada itu, pihak SalamFM juga turut mengumumkan akan berlaku sedikit perubahan dari segi pengendalian segmen di SalamFM bermula Mac 2025. Apa yang berubah? Nantikan pengumuman lanjut di SalamFM.

Tahniah buat SalamFM atas pencapaian ini! Semoga terus sukses dan menjadi pilihan utama dalam medan penyiaran Islam di Malaysia.

Antara perkongsian mengenai SalamFM yang pernah dibuat oleh Munsyeed Dot Com pada 2010. Waktu itu, Ustaz Nabil Ahmad Far East pernah mengendalikan segmen di SalamFM.

SalamFM bersiaran setiap hari dari jam 11 malam hingga 8 pagi.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago