Categories: BeritaTempatan

Hazamin Keluar Inteam?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dunia hiburan nasyid tanah air dikejutkan dengan berita salah seorang anggota kumpulan Inteam, Hazamin dikhabarkan keluar dari kumpulan Inteam.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat di akaun media sosial rasmi Inteam di Facebook.

Berita lanjut menyusul.

Kemaskini:

Hazamin hanya ‘Keluar Sekejap’ Dari Inteam

Peminat kumpulan nasyid Inteam dikejutkan dengan pengumuman di laman Facebook rasmi kumpulan itu yang menyatakan Hazamin Harun bakal keluar dari Inteam. Namun, ternyata ia hanyalah gimik promosi bagi pelancaran single terbaru Hazamin yang berjudul Di SisiMu.

Single Di SisiMu merupakan hasil ciptaan komposer Arie Tidar, dengan lirik ditulis oleh ITO Lara. Lagu ini mengetengahkan muzik mellow dengan mesej ketuhanan.

Dalam kenyataannya, Hazamin menjelaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan Inteam, sebaliknya ‘Keluar Sekejap’ untuk memperkenalkan sisi baharu dirinya sebagai artis solo menerusi lagu Di SisiMu.

“Saya masih bersama Inteam, cuma kali ini ingin mencuba sesuatu yang berbeza dengan menampilkan single solo. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong perjalanan seni saya,” ujar Hazamin.

“Single Di SisiMu ini merupakan bonus trek dalam album Zikir Munajat saya akan dilancarkan Ramadan ini. Lagu ini merupakan sebuah lagu Munajat dan taubat yang mengambil perspektif perlunya kita memohon keampunan pada Allah dalam masa yang sama memohon kemaafan atas kesalahan kita sesama manusia. Lirik hasil nukilan abg Ito Lara, manakala lagunya gubahan komposer dari Indonesia. InshaAllah Video Muziknya juga akan dilancarkan tak lama lagi.”

Gimik itu nyata berjaya mencuri perhatian ramai apabila peminat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang terkejut, namun akhirnya berasa lega apabila mengetahui Hazamin masih kekal bersama Inteam.

Di SisiMu kini boleh didengari di semua platform penstriman digital. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya terbaharu Hazamin yang pasti memberikan inspirasi kepada para pendengar.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago