Categories: BeritaTempatanTerkini

“Sekelip mata hilang puluhan ribu…” – Rabbani Luah Kekecewaan

Setiap insan tidak akan terlepas daripada ujian hidup. Itulah yang dihadapi oleh kumpulan nasyid popular Rabbani yang berdepan detik sukar apabila akaun rasmi Instagram mereka telah digodam, menyebabkan kehilangan puluhan ribu pengikut dalam sekelip mata.

Berita mengejutkan ini dikongsi oleh salah seorang anggota kumpulan, Azadan Rabbani, yang meluahkan kekecewaannya selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kembali akaun tersebut, namun semuanya menemui jalan buntu.

“Sudah cuba berkali-kali untuk recover akaun tersebut tetapi tidak dapat,” katanya.

Akhirnya, selepas pasrah dengan situasi tersebut, Rabbani mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram baharu bagi meneruskan interaksi bersama peminat.

Klik DI SINI untuk layari akaun Instagram terbaru kumpulan nasyid Rabbani.

Mereka turut meminta bantuan orang ramai untuk menyebarkan makluman mengenai akaun baharu ini agar semua pengikut lama dapat kembali berkumpul di platform tersebut.

“Ini IG rasmi baru Rabbani. Terpaksa buat baru, yang asal masih lagi kena hack. Mohon sebarkan link ini ya. Moga bermanfaat untuk semua,” ujar Azadan.

Insiden ini bukan sahaja merugikan dari segi jumlah pengikut tetapi juga memutuskan hubungan Rabbani dengan peminat setia mereka. Diharapkan akaun baharu ini dapat kembali meraih sokongan dan terus menjadi medium dakwah kumpulan nasyid tersohor ini.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago