Beberapa minggu lepas, kami telah dijemput oleh pihak Arteffects International untuk sesi pradengar album Imam Muda Asyraf dan Datin Seri Sharifah Khasif. Kami dibawa oleh Pengarah Urusan Arteffects International, Hafiz Hamidun ke studio Arteffects dan diperdengarkan satu demi satu lagu yang disusun dalam album kedua-dua penyanyi tersebut. Dalam pada itu, keterujaan kami terhadap album Zikir Terapi II Hafiz Hamidun telah membuatkan kami cuba sedaya upaya membuat helah, memujuk Hafiz memperdengarkan kepada kami beberapa track dalam album Zikir Terapi II.
Akhirnya Hafiz akur dan menunaikan permintaan kami dengan memperdengarkan beberapa track yang bakal dimuatkan dalam album Zikir Terapi II. Satu perkataan yang dapat kami ucapkan untuk album Zikir Terapi II Hafiz Hamidun – Impressive!

Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun
Hafiz adalah seorang artis dan komposer yang bijak (dan licik!). Disaat beliau mengungguli pasaran dengan alunan zikir bermelodi yang dijenamakan sebagai Zikir Terapi Diri, Hafiz tahu yang beliau perlu menjadi trendsetter yang bijak mengawal pasaran. Selepas kejayaan Zikir Terapi Diri 1, Hafiz cuba mencari formula baharu yang ingin disuntik dalam Zikir Terapi II supaya ia tampil berbeza dan segar kepada pendengar.
Hasilnya, album Zikir Terapi II digarap dengan sasaran pendengar yang lebih terfokus tetapi masih universal.
60% kekuatan Zikir Terapi Diri II terletak kepada penghayatan Hafiz dalam mengalunkan zikir-zikir yang masih berlatarkan muzik terapi ini. Kali ini, Hafiz bukan sahaja ingin pendengar menikmati dan menghayati alunan zikir terapi yang disampaikan oleh beliau, tetapi Hafiz cuba menyentuh emosi dan hati para pendengar menerusi track Ilahi Last. Sewaktu kali pertama mendengar track ini, Hafiz memperdengarkan kepada kami secara live di studio milik beliau dan penyampaian serta penghayatan Hafiz menerusi zikir ini cukup mengagumkan. Kami meramalkan track ini bakal hits apabila album ini menemui peminat kelak.
Menerusi album Zikir Terapi Diri II ini juga, ada track yang akan membuai para peminat dalam keasyikan muzik era Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang kaya dengan elemen muzik yang tenang dan mendamaikan. Kami terlupa judul tracknya. Tetapi track ini juga diramalkan bakal menjadi pilihan para pendengar.
Disamping itu, Hafiz sempat berkongsikan sedikit sedutan sebuah track di laman Instagram beliau. Untuk mendengar, klik disini: Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun. Hafiz juga membuat pradengar bagi lagu Habib menerusi laman Soundcloud.
Ada banyak lagi benda yang ingin kami kongsikan disini. Tetapi, sebagai menghormati permintaan Hafiz Hamidun yang ingin membuat kejutan buat para peminatnya, maka kami simpan selebihnya. InshaAllah, album ini dijadualkan bakal berada di pasaran seawal Julai 2013.
Menurut Encik Mokhtaza, wakil Warner Music Malaysia, album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun merupakan album yang mencatatkan jualan tertinggi untuk pasaran Malaysia bagi kategori tempatan manakala album Maher Zain pula tertinggi bagi kategori antarabangsa. Mampukah album Zikir Terapi Diri II mencatatkan rekod yang sama? Sama-sama kita nantikan!
Sokong industri hiburan Islam dengan membeli Hanya Yang Original.
Dengar, hayati dan rasai kenikmatan album ini nanti.
– Munsyeed Dot Com