Categories: BeritaTempatan

Selamat Pengantin Baharu Alan (Ex-Unic)!

Syed Mohd Azlan atau lebih mesra dengan sapaan Alan telah selamat mendirikan mahligai bahagia bersama suri hati beliau, Mastura. Alan yang merupakan bekas vokalis kumpulan Rast dan Unic telah diijabkabulkan pada 28 Mei 2011.

Nama Alan dalam industri nasyid tanahair bukanlah satu nama yang baharu memandangkan beliau merupakan antara antara tulang belakang kumpulan Rast sebelum Rast dibubarkan. Alan seterusnya meneruskan perjalanan dakwah seni beliau dengan menyertai kumpulan nasyid popular Unic hingga 2010.

Dakwah Alan melalui bidang nasyid tidak terhenti disitu. Beliau seterusnya menubuhkan Rastudio Management yang bertanggungjawab menguruskan event-event Islami dan pengurusan artis. Alan juga cukup terkenal sebagai artis Malaysia yang sangat akrab menjalinkan hubungan silaturrahmi dengan artis nasyid (artis religi) dari Indonesia antaranya Dodi Hidayatullah dan ramai lagi. Sekarang Alan berkhidmat di Unic Records Sdn Bhd sebagai Ketua Perhubungan Awam.

Berikut adalah gambar-gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Alan dan isterinya, Mastura. (Gambar Ihsan: 360 Studio dan Syed Mohd Azlan)

Alan dan Mastura sedondon mengenakan sepasang baju pengantin Melayu berwarna emas.

Pasangan Raja Sehari.

Alan mengenakan suit tuxedo manakala Mastura mengenakan busana indah- gaun labuh berwarna putih.

Pasangan dua sejoli yang cukup romantik.

Barakallahu lakuma wa barakah ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fikhair… -MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago