The Rhythm of Shuhada – Jamming Sambil Beramal

Bersempena dengan penganjuran Showcase Amal Shuhada At-Taqwa, Munsyid Malaysia buat julung kalinya menganjurkan jamming amal yang diberi nama The Rhythm of Shuhada – Drum & Percussion Charity Show.

The Rhythm of Shuhada merupakan sebuah program istimewa yang bakal melibatkan pemain drum dan percussionist handalan tanahair. Program ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh Mei lalu.

Program ini juga khusus buat mereka yang ingin melihat secara dekat persembahan live pemuzik-pemuzik yang terdiri daripada pemain drum dan pemain percussion handalan, menunjukkan kemahiran masing-masing. Jamming amal ini akan melibatkan nama-nama besar dalam arena pemuzik tanahair seperti Afro Sahara, Drum Simfoni, KL Street Drummers, By Heart Clan dan ramai lagi.

Datanglah beramai-ramai pada hari Sabtu, 11 Jun 2011 bermula jam 5 petang hingga 6.30 petang bertempat di Dataran Shah Alam, Selangor. (Skrin Besar, sebelah Plaza Alam Sentral). Masuk adalah percuma. -MUNSYEED.COM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago