Amer Munawer dan R&B tidak dapat dipisahkan. Muzik itu seakan sebati dengan jiwa penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Ruffedge ini. Malah, ia turut menjadi antara trademark penyanyi yang kini memilih untuk menyayikan lagu-lagu yang bercorak ketuhanan.
Justeru, mendengar karya terbaru beliau, jelas bahawa adunan antara muzik R&B bawaan beliau, yang diadun dengan lirik-lirik memuji Allah dan Nabi Muhammad SAW seakan ada chemistry yang melekat diantaranya.
EP tiga lagu, termasuk satu minus one bukan sahaja menjadi debut baru buat Amer Munawer bahkan menjadi petunjuk dimana beliau masih teguh dengan muzik R&B, biarpun haluannya sudah berubah kearah yang lebih positif.
Track Seluruh Mahabbah, menyaksikan lagu bertemakan Rasulullah, disampaikan dengan penuh jiwa. Soul memuji Rasulullah itu terdengar sepenuh hati, ditambah pula muzik ringkas tapi diadun kemas. Lagu yang boleh dikategorikan sebagai ‘easy listening’ ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Mereka yang mendengar buat kali pertama pasti akan terpesona dengan harmoni suara dan susunan muzik yang cukup santai ini. Diakui, konsentrasi Amer dalam menyampaikan lagu ini cukup mengagumkan!
BERITA NASYID| Dapatkan Caller Ringtones single terbaru Amer Munawer Yusoff berjudul Seluruh Mahabbah melalui Celcom: sms CMT 95292 send to 22990 atau Maxis: dail *131*187707 tekan CALL.
Manakala lagu Maha Suci Allah menyaksikan Amer berduet dengan kumpulan UNIQ. Satu percubaan yang menjadi, dan kelihatan serasi berkolaborasi bersama, biarpun rasanya baru pertama kali UNIQ cuba menyanyikan lagu R&B. Selingan selawat dalam lagu ini menampilkan kelainan yang cukup menarik buat lagu ini.
Sekilas, album ini diterbitkan oleh Mermotto Ventures dimana muziknya disusun oleh Tengku Shafiz, dengan bantuan gitaris Shah Slam dan bassist Kelly. Sesi rakaman pula dibuat di Inteam Studio dan Platinum Studio.
Dapatkan EP ini, dan selami jiwa insan seni bernama Amer Munawer ini. -Munsyeed{Dot}Com