Connect with us

Berita

Senarai Penuh Finalis Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24)

Diterbitkan

pada

AIM24

Berikut adalah senarai penuh Finalis Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) yang diumumkan dalam sidang media sebentar tadi oleh pihak RIM.

Artis Baru Terbaik

  1. Erika Foo – Hidupkan Mimpi-Mimpi (Suria Records)
  2. Intan Maya – Layak Bahagia (Suria Records)
  3. Koi – Niskala Suaka (MVM Production)
  4. Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika (Paranormal Records)
  5. Xone – Lantaklah (Paranormal Records)

Vokal Lelaki Terbaik

  1. Akim Ahmad – Saksama (Nova Music Malaysia)
  2. Amir Masdi – Sengaja (Nova Music Malaysia)
  3. Hafiz Suip – Terus Bersinar (Nova Music Malaysia)
  4. Hazama – Mendonan (Hazam Works/Archive Capital)
  5. Ryenald Guntabid – Lumangad Oku Dika (Paranormal Records)

Vokal Wanita Terbaik

  1. Aina Abdul – Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul Entertainment)
  2. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Sehebat Mentari (Siti Nurhaliza Productions)
  3. Ernie Zakri – Aura (Universal Music Malaysia)
  4. Liza Hanim – Takdir Itu Milik Aku (Sony Music Entertainment Malaysia)
  5. Marsha Milan – Hening Rindu (Alternate Records & Talents)

Vokal Kumpulan Terbaik

  1. Awla – Ulul Azmi (Novarts Production)
  2. Dolla – Damelo (Universal Music Malaysia)
  3. Inteam – Nasab Nabi (Inteam Records)
  4. KRU – Voodoo (KRU Music / Sony Music Entertainment Malaysia)
  5. TE3N – Shake (Sony Music Entertainment Malaysia)

Kugiran Terbaik

  1. Barbarik – Peluru Cokelat (Pentas Barbarik/ Universal Music Malaysia)
  2. Drama Band – FYP (MVM Production)
  3. Gerhana Skacinta – Rasa Sayang (Life Records / Hup Hup)
  4. Mafidz – Teleportasi (Mafidz Music Management)
  5. Masdo – Inilah Jalannya (Warner Music Malaysia / PT Warner Music Indonesia)

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik

  1. Adira Suhaimi & Khai Bahar – Pejam (Nova Music Malaysia)
  2. Akim Ahmad & Stacy Anam – Ritma & Rima (Rhythm and Rhyme Entertainment)
  3. Faizal Tahir & Dato’ M. Nasir – Campak Bintang (Faithful Music)
  4. Hafiz Hamidun & Ruffedge – Batu Hitam (Sony Music Entertainment Malaysia)
  5. Ustaz 3 Beradik & Fadzli Far East – Putusnya Butir Tasbihku (Ustaz 3 Beradik / Inteam Records)

Video Muzik Terbaik

  1. BukanPyqul (Damelo – Dolla)
  2. Faizul A Rashid (Angkat – Mimifly)
  3. Mshaffuan (Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri)
  4. Namewee (The 20th Floor – Namewee & Wang Lei)
  5. Suhaimi Yayanto (Voodoo – KRU)

Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama

  1. Kasih Merintih – Aina Abdul (Aina Abdul) (Kembalikan Tubuhku)
  2. Hasrat – Amir Jahari (Amir Jahari) (Imaginur)
  3. Darah Bangsa – Faizal Tahir (Faizal Tahir & Glowrush) (Pendekar Awang: Darah Indera Gajah)
  4. Wira Hatiku – Dato’ Sheila Majid (Lim Yee Chung) (Juang)
  5. Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri (Kmy Kmo, Aman Ra, Malique, Tripdisz) (Polis Evo 3)

Lagu Rock Terbaik

  1. Aku Ada – Hazama
  2. Sengaja – Amir Masdi
  3. Rembulan & Pungguk – Hazama
  4. Semacam Pandora – Hazama
  5. Saksama – Akim & The Majistret

Lagu Pop Terbaik

  1. Hasrat – Amir Jahari
  2. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
  3. Santai – Faizal Tahir
  4. Rahsia Tuhan – Noh Salleh
  5. Aura – Ernie Zakri

Lagu Rap/Hip Hop Terbaik

  1. Berlian – Joe Flizzow feat Gard
  2. Cekap – Balan Kash
  3. Dannok – Salammusik feat Namewee
  4. Aku Ingin – Tuju
  5. Kuala Lumpur – Balan Kash

Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik

  1. 99 – Fugo
  2. Angkat – Mimifly
  3. Nada Baru – FLQ feat Yuna
  4. Ruang – Late Night Frequency feat Aiman Nomad
  5. Tak Sempurna – Aril feat Nigel Sparks

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

  1. B.D.T. – Jaclyn Victor
  2. Drip – Dolla
  3. My Home Is In Your Arms – Daiyan Trisha
  4. The Best – Ernie Zakri
  5. Old Love – Yuji & Putri Dahlia

Lagu Cina Tempatan Terbaik

  1. Eternal Friendship – Firdhaus
  2. Beyond The Stars – Uriah See
  3. Divorce in Ghana – Firdhaus
  4. The Ideal Adult In Our Heart – Brian Chew & Tan Yin Ern
  5. Imperfection – Firdhaus

Lagu India Tempatan Terbaik

  1. Arabu Kuthirai – Buggimaan
  2. Ivaldana – Thibban, Unnikrishnan, Aparna Harikumar
  3. Pothum – Sheezay Hashmita
  4. MeenaLoveshini – Buggimaan
  5. Deepavali Sudah Mari – Zubir Khan

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

  1. Hawa – Diana Nazyra
  2. Masih Ku Sayang – HoonDoo
  3. Bertengkar Manis – Rossa & Barsena Bestandhi
  4. Janji – Aziz Harun
  5. Lupakan Cinta – Rossa

Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik

  1. Dursila – Meiska
  2. Cinta Tak Pernah Tepat Waktu – Aina Abdul & Fabio Asher
  3. Naluri – Sekumpulan Orang Gila & Boniex For Revenge
  4. Masing Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda
  5. Sejarah – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Lagu Nasyid Terbaik

  1. Hanya Dia – Aiman Sidek & Halim Ahmad
  2. Ulul Azmi – Awla Feat. Jenny Nadhirah Chin
  3. Biar Satu Dunia Tahu – Faizal Tahir & Mirwana
  4. Kudus Palestin – Lah Ahmad & Inteam
  5. Putusnya Butir Tasbihku – Ustaz 3 Beradik feat. Fadzli Far East

Lagu Etnik Terbaik

  1. Menyantun Kasih – Siti Nordiana
  2. Magis – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  3. Kalam – Shiha Zikir
  4. Oh Huminodun – Elica Paujin
  5. Cinta Setandan Pisang – Den Manjo & Eda Ezrin

Lagu Perpaduan Terbaik

  1. Anak Malaysia – Fahimi, Saixse, Altimet & Zizi Kirana
  2. Bendera – Faizal Tahir
  3. Terbang – Xpose & Dina Nadzir
  4. Semangat Juara – Faizal Tahir
  5. Madani Jiwa Merdeka – Amir Masdi

Lagu Tradisional Terbaik

  1. Rindu Menyapa – Dayang Nurfaizah
  2. Pujuk – Haziq Rosebi  & Baby Shima
  3. Kalau Berkasih – Dato Sri Siti Nurhaliza  & Dato’ Awie
  4. Penawar Kita – Noraniza Idris & Hazama
  5. Canda Citra Cinta – Hazra

Album Terbaik

  1. Janji – Dayang Nurfaizah
  2. Imaji – Aina Abdul
  3. Belagu 2 – Dayang Nurfaizah
  4. Imaji Deluxe Edition – Aina Abdul
  5. SITISM – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

  1. Mac Chew (Lemah – Dayang Nurfaizah)
  2. Ryota 片山凉太 & Teoh Eng Hooi 張永輝 (我一直都以为我是一个人 – Ryota 片山凉太)
  3. Aubrey Suwito (Dari Hati ke Hati – Dayang Nurfaizah)
  4. Farouk Roman (Senyawa – Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  5. Aubrey Suwito (Rindu Menyapa – Dayang Nurfaizah)

Kulit Album/Single Terbaik

  1. Lenswork Production (Aura – Ernie Zakri)
  2. Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul)
  3. Khairul Abidin (Antomin 1 – Hael Husaini)
  4. Shah Azman (Di Persembunyian – Satwo)
  5. Irfan Ramos (Iman – Ismail Izzani)

Rakaman Album Terbaik

  1. Pujangga – Hazama
  2. New Classic – Dolla
  3. Imaji Deluxe Edition – Aina Abdul
  4. Belagu 2 – Dayang Nurfaizah
  5. Aura – Ernie Zakri

Rakaman Lagu Terbaik

  1. Be Mine – Ayda Jebat
  2. Rindu Menyapa – Dayang Nurfaizah
  3. Aura – Ernie Zakri
  4. Akhirnya Bahagia – Dayang Nurfaizah
  5. Kamu (2024 Remaster) – Aina Abdul

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Wangian Tular Sampai ‘Sold Out’! Inteam & Earth Home Products Kini Jalin Kerjasama Rasmi

Diterbitkan

pada

Siapa sangka, “aura” yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada 28 September 2025 bukan sekadar datang daripada alunan lagu-lagu penuh jiwa, tetapi turut dipacu oleh satu elemen istimewa yang menyelinap ke deria tanpa disedari iaitu wangian.

Fenomena tular yang tercetus secara tidak dirancang itu kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar apabila Earth Home Products Malaysia dan kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, akhirnya memeterai satu kolaborasi rasmi baru-baru ini.

Impak Dari Konsert Inteam Kasih Kekasih, Produk ‘Sold Out’!

Segalanya bermula apabila wangian yang digunakan untuk menyegarkan ruang konsert sewaktu Inteam menyampaikan lagu Setanggi Syurga mencuri perhatian penonton, lantas mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Ramai peminat berkongsi pengalaman mereka dan mula bertanya produk apa yang digunakan, sebelum ia dikenal pasti sebagai Oasis Air Fragrance Pink Blossom.

Impaknya luar biasa apabila permintaan terhadap produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom meningkat secara mendadak dan produk tersebut dilaporkan habis terjual dalam tempoh singkat. Rata-rata pasar raya besar dan kedai dalam talian mengalami kehabisan stok setelah produk ini tular pasca Konsert Kasih Kekasih Inteam.

Pengalaman Pengguna – Bina Hubungan Antara Pengguna dan Produk

Melihat keserasian semula jadi antara pengalaman konsert, reaksi peminat dan identiti jenama, Earth Home Products Malaysia mengambil langkah untuk memeterai kolaborasi bersama Inteam, menjadikan momen tular itu sebagai asas kepada satu kerjasama strategik.

Menurut Pengarah Urusan Earth Home Products Malaysia, Mr. Okada Shotaro, kolaborasi ini membuktikan betapa kuatnya pengalaman pengguna sebenar dalam membina hubungan jenama yang lebih bermakna.

“Kolaborasi ini sangat istimewa buat kami kerana ia bermula daripada reaksi tulen peminat. Apabila kami melihat bagaimana wangian ini memberi kesan emosi kepada penonton, kami sedar ia bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman. Inteam membawa nilai, emosi dan spiritualiti yang selari dengan falsafah Earth Home,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihak syarikat berasa terkejut apabila permintaan produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom tiba-tiba meningkat secara mendadak dan laku keras sehinggakan stok produk ini habis dalam masa yang singkat. Walaupun pihak syarikat telah meningkatkan pengeluaran produk, tetapi permintaan terhadap produk ini masih tinggi dan berterusan.

Perkara Kecil Yang Dilakukan Dengan Ikhlas, Beri Kesan Mendalam Kepada Peminat

Bagi Inteam, kerjasama ini turut dirasakan lahir daripada satu kebetulan yang tidak disangka-sangka. Anggota Inteam, Hazamin, menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dirancang namun penuh makna.

“Kami sendiri tidak menjangka wangian yang digunakan dalam konsert akan memberi kesan sebesar ini. Apa yang berlaku membuktikan bahawa perkara kecil yang dilakukan dengan ikhlas boleh meninggalkan kesan mendalam kepada peminat. Kolaborasi ini lahir daripada suara mereka,” ujarnya.

Wangian Memberi Rasa Tenang dan Melengkapkan Emosi Lagu Inteam

Sementara itu, Syah berkata pemilihan Oasis Air Fragrance Pink Blossom begitu bertepatan dengan suasana dan mesej yang dibawa Inteam melalui muzik mereka.

“Wangian ini memberi rasa tenang dan damai. Ia seolah-olah melengkapkan emosi lagu-lagu kami, khususnya Setanggi Syurga. Apabila peminat menggambarkannya sebagai ‘syurgawi’, kami rasa ia datang daripada rasa yang sama,” katanya.

Hubungan Organik Artis, Produk dan Peminat – Rahim Inteam

Bagi Rahim, kolaborasi ini membuka dimensi baharu hubungan antara artis, produk dan peminat yang jarang berlaku secara organik.

“Ini bukan sekadar kolaborasi komersial. Ia tentang pengalaman bersama, apa yang dirasai oleh peminat, itulah yang menjadi asas kerjasama ini. Kami sangat menghargai bagaimana peminat menjadi pencetus utama,” katanya.

Muzik dan Wangian Berkongsi Bahasa Yang Sama, Bahasa Deria

Manakala Hisyam menegaskan bahawa gabungan muzik dan wangian sebenarnya berkongsi bahasa yang sama: bahasa deria.

“Muzik adalah pengalaman deria, dan wangian juga begitu. Apabila kedua-duanya bertemu secara semula jadi, hasilnya sangat kuat. Kami teruja untuk membawa pengalaman ini ke konsert seterusnya,” jelasnya.

Wangian Eksklusif Konsert Inteam 1 Februari 2026

Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Oasis Air Fragrance Pink Blossom (24ml) dipilih sebagai wangian eksklusif kolaborasi dan akan ditaja oleh Earth Home Products Malaysia untuk Konsert Inteam pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert itu dijangka menghimpunkan lebih 9,500 penonton, dengan 80 peratus tiket telah terjual setakat ini.

Produk berkenaan turut boleh didapati menerusi kedai rasmi Earth Home dan Inteam di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Kerjasama ini dimeterai secara rasmi menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian di Pejabat Earth Home Products Malaysia, Phileo Damansara, dan disifatkan sebagai simbol kolaborasi berasaskan komuniti peminat serta pengalaman pengguna sebenar.

Dan kali ini, jelas sekali: bila peminat “bersuara”, momen tular boleh bertukar menjadi sejarah, lengkap dengan satu “wangian” yang akan terus dikenang sampai bila-bila oleh peminat yang telah hadir ke Konsert Inteam Kasih Kekasih dan yang bakal hadir ke Konsert Inteam Nur Kasih 1 Februari 2026 nanti.

“Lagu-lagu Inteam buat saya rasa tenang..” – Mr Okada

Pada sesi soal jawab bersama media, Mr Okada Shotaro turut ditanya, adakah beliau mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam? Sambil ketawa beliau menjawab, “Saya adalah orang Jepun yang tidak pernah mengenali kumpulan Inteam sebelum ini. Tetapi selepas produk ini tular dan berpunca dari konsert Inteam, saya mula mendengar lagu-lagu kumpulan Inteam. Walaupun tidak memahami, tetapi saya sukakan lagu-lagu dari kumpulan Inteam. Ia tenang dan buat saya berasa selesa. Adakalanya saya akan menyembur produk Oasis Air Fragrance Pink Blossom dan ia melengkapkan pengalaman mendengar lagu-lagu dari kumpulan Inteam ini,” jelas Mr Okada.

Continue Reading

Berita

“The Sami Yusuf Circle” – Ruang Eksklusif Untuk Peminat Ke Dunia Kreatif Sami Yusuf

Diterbitkan

pada

Komposer dan penyanyi terkenal, Sami Yusuf, baru-baru ini mengumumkan pelancaran The Sami Yusuf Circle – sebuah komuniti eksklusif untuk ahli (members-only) yang disifatkannya sebagai ruang kreatif eksklusif untuk mendekatkan peminat dengan muzik, idea serta perjalanan di sebalik karya-karyanya.

Menurut perkongsian Sami, Circle diwujudkan bagi membuka peluang kepada peminat untuk berhubung secara lebih dekat melalui sesi live Q&A, live listening session, akses awal pelancaran muzik baharu, dan momen behind-the-scenes dari konsert serta studio—seolah-olah “mengalami perjalanan dari dalam”.

Menariknya, platform ini turut disusun seperti beberapa “ruang” khas untuk ahli, antaranya:

  • The Video Room: rakaman eksklusif, footage belakang tabir dan insight proses kreatif.
  • The Listening Room: podcast eksklusif oleh Sami, perbualan bersama tetamu serta playlist kurasi.
  • The Reading Room: nota peribadi, refleksi, “thoughts of the day”, serta cadangan buku dan muzik setiap bulan.
  • Private Community Chat: ruang komuniti tertutup untuk ahli berinteraksi dan berkongsi pandangan.

Dalam masa sama, Sami juga menyatakan akan berkongsi esei, podcast, nota peribadi, serta compositional insights, termasuk segmen Members’ Spotlight yang mengangkat komuniti sebagai “watak utama”.

Bagi yang mahu mencuba, Circle menawarkan percubaan percuma 7 hari, dengan yuran langganan dinyatakan USD30/sebulan di laman pendaftaran.

Untuk info lanjut dan pendaftaran, rujuk laman rasmi: circle.samiyusuf.art

Continue Reading

Berita

Cinta Ini – Naufal Azrin Buat ‘Come Back’ Demi Peminat

Diterbitkan

pada

Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan karya solo, penyanyi berbakat besar Naufal Azrin akhirnya kembali menyapa peminat menerusi single terbaharu berjudul “Cinta Ini” — sebuah karya penuh emosi yang menandakan kemunculan semula beliau dalam landskap muzik tempatan.

Menariknya, “Cinta Ini” hadir dengan sisi yang lebih matang, sekali gus memperlihatkan perkembangan vokal serta interpretasi Naufal yang semakin kemas. Lagu ini mengangkat tema cinta yang jujur dan mendalam, seolah-olah menjadi “jambatan” buat Naufal untuk kembali mengikat hubungan dengan peminat yang sekian lama menanti kemunculan terbaharunya.

Lebih istimewa, lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Juara Lagu AJL Ke-39, Wan Saleh, yang kian mencuri perhatian menerusi sentuhan muziknya yang segar serta dekat dengan citarasa pendengar masa kini. Gabungan emosi lagu dan karakter vokal Naufal menjadikan “Cinta Ini” sebuah karya yang dijangka mudah melekat di hati.

Dalam perkembangan sama, “Cinta Ini” turut mencatat satu lagi detik penting apabila menjadi single sulung Naufal Azrin di bawah naungan label Negrizen Music. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Naufal di industri muzik, selain membuka ruang untuk memperluaskan jangkauan karya beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Single “Cinta Ini” kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital utama, dan diharap dapat diterima baik oleh pendengar serta menjadi penanda aras baharu buat perjalanan seni Naufal Azrin.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment