Connect with us

Berita

Suffian Umum Hafiz Ahli Baru Saujana

Diterbitkan

pada

[carousel arrows=”display” caption=”display”]
[panel title=”Saujana dan Hafiz sebagai ahli baru kumpulan tersebut”]

[/panel]
[panel title=”Hafiz sewaktu bersama Kursani Band”]

[/panel]
[panel title=”Mohd Hafiz Abd Rahman”]

[/panel]
[/carousel]

Teka-teki  mengenai ahli baharu Saujana terjawab juga akhirnya apabila ketua kumpulan Saujana, Suffian Amrin mengumumkan Hafiz sebagai ahli baharu kumpulan tersebut.

Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Abdul Rahman, 22 tahun, merupakan graduan KLMU dalam jurusan Kulinari. Dilahirkan pada 5 Januari 1991, pemuda kacak yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur ini pernah menyertai Kursani Band sebelum dipelawa menyertai Saujana.

Ketika ditemui di Majlis Usrah Bulanan MUNSYID MALAYSIA bagi sesi Januari 2013, Suffian Amrin memaklumkan Hafiz bakal bersama dengan Saujana sepanjang ketiadaan Adi yang menyambung pengajian PhD di United Kingdom.

“Alhamdulillah, Hafiz akan menggantikan tempat Adi sepanjang 3 tahun pemergian Adi ke UK. InshaALLAH, vokal Hafiz akan turut dirakamkan dalam album terbaru Saujana yang akan menemui peminat awal tahun ini.” jelas Suffian.

Beliau menambah, “Kami sempat merakamkan vokal Adi untuk beberapa lagu dalam album terbaru Saujana. Untuk lagu-lagu lain yang belum sempat dirakamkan, kami akan menggunakan suara Hafiz selaku ahli baru Saujana.”

Untung Hafiz apabila diberi kepercayaan menggantikan Adi dan berpeluang muncul dalam album terbaru Saujana. Penglibatan Hafiz di dalam Saujana sedikit sebanyak mengingatkan kami tentang penglibatan Shahir AF yang satu ketika dahulu pernah menyertai Saujana.

Ingin mengenali Hafiz dengan lebih dekat? Jom baca biodata Hafiz yang dikongsikan khas buat pembaca Munsyeed{Dot}Com!

  • Mohd Hafiz b. Abd Rahman.
  • 22 tahun.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Anak lelaki tunggal
  • Status bujang.
  • Menjadikan Rasulullah SAW sebagai aspirasi dan idola.
  • Sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia nasyid dan seni suara sejak dibangku sekolah lagi.
  • Pernah menyertai nasyid underground dan By Heart Clan (BHC)
  • Bercita- cita besar untuk menjadi seorang insan yang hebat dan penyanyi yg disegani.
  • Berpegang pada prinsip “Berjuanglah Selagi Bernyawa”

Sebelum kita dengar suara Hafiz dalam Saujana, apa kata kita tonton video persembahan Hafiz sewaktu bersama Kursani Band dahulu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Hafiz dan Saujana! Kami di Munsyeed tidak sabar menantikan album terbaru kumpulan Saujana yang bakal muncul tidak lama lagi. 🙂

-Munsyeed{Dot}Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Terbuai Dengan Alunan Selawat Tafrijiyah dari Kumpulan One Path

Diterbitkan

pada

Kumpulan One Path tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Selawat Tafrijiyah.

Dengan alunan melodi yang merdu dan lirik yang penuh makna, alunan selawat ini dihasilkan bagi memberikan ketenangan serta mengajak pendengar menghayati keindahan zikir sepanjang bulan mulia ini.

Single istimewa ini kini tersedia di semua platform digital untuk dinikmati oleh peminat.

Setiap bait selawat disampaikan dengan penuh penghayatan, disertai alunan suara yang menyentuh hati, menjadikan karya ini begitu bermakna untuk didengar dan dihayati.

Dihasilkan dengan sentuhan terbaik, Selawat Tafrijiyah menampilkan nyanyian serta susunan lagu oleh Haseef One Path, manakala terjemahan lirik dilakukan bersama oleh Haseef dan Shafiq One Path.

Proses rakaman pula dijalankan di Tarbiah Sentap Records, memastikan kualiti audio yang terbaik buat pendengar.

Dalam aspek visual, karya ini turut diperkemaskan dengan sentuhan produksi yang mantap.

Video Selawat Tafrijiyah diterbitkan oleh Adnin Roslan dengan arahan daripada pasukan Karya Tujuh, memberikan dimensi tambahan kepada pengalaman mendengar selawat ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Selawat Tafrijiyah, sebuah karya yang mampu membangkitkan ketenangan serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Strim sekarang di semua platform digital dan hayati keindahannya sepanjang Ramadan ini!

Continue Reading

Berita

“Qalbi Fil Madinah” by Maher Zain & Harris J Takes the World by Storm!

Diterbitkan

pada

The incredible collaboration between Maher Zain and Harris J has taken the global stage by storm with their latest single, “Qalbi Fil Madinah” (My Heart is in Madinah)—a song that beautifully captures the love and serenity of the blessed city.

Released in two versions—a full song with music and a vocals-only version—this heartfelt track has resonated with millions worldwide in just 10 days!

Phenomenal Achievements of “Qalbi Fil Madinah”:

  • Over 1 billion views on TikTok
  • More than 1.5 million videos created using the song on TikTok
  • 15 million+ views on YouTube, ranking #3 globally
  • Trending in 33 countries, including, for the first time ever for an Islamic song, in the UK, France, Belgium, Spain, the Netherlands, Germany, Sweden, Denmark, Canada & Australia!
  • Over 2.5 million streams across digital platforms

The song “Qalbi Fil Madinah” features lyrics written by Bara Kherigi, with a melody composed by Maher Zain and Harris J. The music arrangement was done entirely by Maher Zain, while the vocal arrangement was handled by Namz Kay. The mixing and mastering process was carried out by Ronny Lahti and Namz Kay, ensuring top-quality audio for listeners to enjoy.

Expressing their gratitude, Maher Zain and Harris J shared, “We are both humbled and grateful for the overwhelming response. May this song continue to inspire, uplift, and connect hearts to the spirit of Madinah and the message of Prophet Muhammad P.B.U.H.”

Join the #QalbiFilMadinah movement—keep streaming, sharing, and spreading the love!

Continue Reading

Berita

Fitri Haris Diiktiraf Sebagai UK Global Talent (Akademik) Dalam Bidang Etnomusikologi

Diterbitkan

pada

Penyanyi dan ahli akademik, Ts. Dr. Fitri Haris, yang juga anggota kumpulan nasyid UNIC, telah menerima pengiktirafan berprestij daripada British Academy sebagai UK Global Talent – Exceptional Promise (Ahli Akademik) dalam bidang Kemanusiaan dan Seni, khususnya dalam Etnomusikologi.

Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan Fitri dalam muzik Islam popular dan hiburan patuh syariah, sekaligus membuka peluang baharu untuk penyelidikan serta kerjasama budaya dan akademik di peringkat antarabangsa.

Dengan pengiktirafan ini, Fitri berpeluang bekerjasama dengan universiti terkemuka di UK, mendapatkan dana penyelidikan serta menyertai projek-projek inovatif dalam bidangnya.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran saya di peringkat antarabangsa tetapi juga memberi peluang untuk menyertai persidangan global, memperluas rangkaian profesional, dan mengembangkan kerjaya akademik saya,” ujar Fitri.

Selain kejayaan peribadinya, Fitri juga bertekad untuk menghubungkan Malaysia, Asia Tenggara, dan UK melalui etnomusikologi.

Beliau berharap dapat memperkenalkan warisan muzik Asia Tenggara dan mempromosikan hiburan patuh syariah di platform global, sekali gus meningkatkan pemahaman silang budaya dan kolaborasi antarabangsa.

Dengan UK Global Talent Visa yang diberikan untuk tempoh 2025 hingga 2030, Fitri bersedia untuk menyelami dunia akademik di UK, meneroka perspektif baharu, serta menyumbang kepada perkembangan seni dan muzik Islam.

Pengiktirafan ini bukan sahaja membanggakan Fitri dan UNIC, malah menjadi pencapaian bermakna buat industri muzik Islam serta etnomusikologi Malaysia di persada antarabangsa.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment