Categories: BeritaInternational

Sutradara KCB Meninggal Dunia

Chaerul Umam (berbaju hitam) sedang berkata sesuatu kepada pelakon Ketika CInta Bertasbih sewaktu proses penggambaran filem tersebut satu ketika dahulu. Sumber gambar: KapanLagi.Com.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Sutradara tersohor Indonesia, Chaerul Umam; 70 tahun, telah meninggal dunia kira-kira jam 3.00 petang tadi, waktu Indonesia. Allahyarham yang merupakan Sutradara filem Islami popular nusantara, Ketika Cinta Bertasbih, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di RSIJ Pondok Kopi, Jakarta.

Beberapa seleberiti dan tokoh seni Indonesia menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham Chaerul Umam.

“Innalillahi wainailaihi rojiun. Telah wafat guru saya Sutradara Besar Indonesia Chaerul Umam jam 15.00 tadi, mohon doakan beliau .” ujar penulis novel Ketika Cinta Bertasbih, Habiburrahman el Shirazy, melalui akun twitternya. Seusai ucapan takziah, beliau turut menghantar Tweet kedua beliau yang merupakan sebaris doa buat allahyarham sahabatnya itu, “Doa untuk Pak Chairul Umam : Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu waj’alail jannata matswahu. Amin.”

Pelakon utama Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi yang memegang watak Anna Altafunnisa dalam filem popular itu turut menyampaikan ucapan takziah menerusi akaun Twitter beliau.

“Innalilahi wainnalilahi roji’un. Telah berpulang bapak Chaerul Umam. Semoga amal ibadah beliau diterima di sisiNya.” ucap Oki Setiana Dewi. Beliau juga turut menambah, “Akan banyak sutradara-sutradara Islami hebat yang akan menjadi penerus almarhum pak Chaerul Umam.”

Kami di Munsyeed Dot Com mengucapkan takziah buat ahli keluarga Chaerul Umam khususnya dan rakyat Indonesia amnya. Semoga Allah SWT menempatkan roh allahyarham dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan bertaqwa.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago