Categories: BeritaTempatanTerkini

Habib Ali Teraju Utama Program Muhammadku

Program Muhammadku di TV3

Bermula pada 4 oktober 2013, Stesen TV No.1 Malaysia; TV3 akan menyiarkan sebuah program televisyen baharu yang diberi nama Muhammadku. Program ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 5.00 petang, menggantikan program tv sebelum ini, Al-Kuliyyah.

Program Muhammadku akan menampilkan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai tonggak utama program ini yang akan menyampaikan pengisian berkisar tentang Sirah Nabi Muhammad SAW.

Salah satu scene yang dapat dilihat dalam program Muhammadku. Ihsan: Portal Gua.Com.My

Istimewanya, menerusi program ini, Habib Ali akan menyampaikan pengisian dalam konsep penceritaan dan dibantu dengan replika set berupa sebuah madrasah berusia 1400 tahun dahulu beserta tata cahaya yang sangat tenang dan menarik.

Program yang diterbitkan oleh Siti Zainah Juahir bersama Penerbit Eksekutif Ahmad Noor Sulaiman ini akan membawa penonton menyusuri perjalanan Sirah Junjungan Besar Rasulullah SAW seterusnya memahami dan meneladani keindahan akhlak Rasulullah SAW yang terpuji.

Sebanyak 13 episod akan ditayangkan sepanjang musim pertama ini. Disamping pengisian Habib Ali, program ini akan turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Ahbabul Habib yang akan menyampaikan persembahan Qasidah yang pasti memberikan pengalaman yang baru buat para penonton dalam program keagamaan seumpama ini.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Biodata Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Untuk makluman, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid merupakan pendakwah berusia 39 tahun berasal dari Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada empat adik-beradik ini datang daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai ulama. Beliau mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu, termasuklah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berlatarbelakangkan pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasuh dan dibentuk oleh guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga kerana akhlaknya yang mulia.

Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan ‘Muhammmadku’ pada setiap Jumaat dari jam 5.00 hingga 6.00 petang. Penonton yang terlepas menyaksikannya, boleh menontonnya di laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Sumber: Portal Gua.Com.My.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago