Categories: BeritaTempatan

Saujana Dikritik Isu Video Istighfar

Baru sahaja surut isu Saujana dikaitkan dengan fahaman Syiah, kali ini mereka dihimpit lagi dengan kontroversi mengenai video muzik single utama mereka yang berjudul Istighfar.

Bertalu-talu kritikan yang ditujukan kepada Saujana selepas video muzik tersebut dimuatnaik di laman Youtube dan dikongsikan di Facebook. Rata-rata peminat dilihat kurang senang dengan babak-babak tertentu didalam video muzik tersebut. Ada yang mengatakan video tersebut sebagai satu bentuk eksploitasi ke atas wanita. Tidak kurang juga yang menyifatkan video tersebut terlalu ‘berani’ sehingga babak diatas ranjang turut disiarkan dalam video tersebut.

Saujana

Rasa tidak puas hati peminat terhadap video ini tidak terhenti di laman Facebook sahaja. Rasa kurang senang tersebut turut diluahkan di bahagian komen video muzik istighfar di laman Youtube.

Untuk makluman semua, video muzik tersebut merupakan hasil produksi sebuah syarikat dari Indonesia. Difahamkan, video muzik ini mendapat sentuhan pengarah filem Islami Indonesia; Sang Murobbi yang bernama Zul Ardhia.

Jom kita lihat respon respon peminat yang sempat kami rakamkan di laman Facebook Rasmi Saujana dan juga Facebook kami, Munsyeed Corner.

Respon peminat di Facebook Saujana.

Respon Peminat di Facebook Munsyeed Corner

Kami berpendapat, mungkin Saujana, Rumpun Records dan semua yang terlibat dalam pembikinan video muzik ini mahu tampilkan kelainan dan pembaharuan. Akan tetapi mungkin masyarakat belum sedia untuk menerima pembaharuan sedrastik itu. Atau mungkin sahaja pembaharuan yang ingin ditampilkan jelas tidak sesuai dengan Saujana dan karektor mereka.

Saujana

Apa pun, malam ini kami akan berjumpa dengan salah seorang ahli Saujana untuk kami dapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada beliau. Kita tunggu komen Saujana yang akan kami siarkan esok!

– Munsyeed Dot Com.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago