Categories: BeritaTempatan

Kau & Aku – Dedikasi Cinta Shauqi Buat Isteri

 

“Padaku kau cinta,
Bawa bahagia,
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta..

Padamu kucinta,
Ikat kasih mesra,
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..”

Begitulah indahnya lirik lagu yang dicipta oleh Shauqi DEVO buat isterinya. Bukan mudah untuk seorang lelaki mengarang bait-bait cinta untuk isterinya dengan begitu puitis. Dan itulah jodoh Nur Athirah Bt Mohd Khazar yang bersuamikan seorang artis yang cukup romantis.

Kau & Aku – Lagu Surprise Untuk Isteri Saya – Shauqi
Sewaktu menonton video muzik lagu Kau & Aku nyanyian Shauqi Devo di Majlis Resepsi mereka baru-baru ini, jelas terpancar rasa syukur dan terharu di wajah Nur Athirah dan Shauqi yang telah disatukan hatinya oleh Allah SWT menjadi pasangan suami isteri baru-baru ini. Pastinya rasa syukur ini dizahirkan kepada Allah SWT yang telah menemukan mereka, menyatukan hati-hati mereka dan menambahkan rasa kasih dan cinta diantara mereka.

Shauqi atau nama penuhnya Ahmad Shauqi Bin Abu Kashim merupakan anak kelahiran Senawang, Negeri Sembilan manakala isterinya, Nur Athirah berasal dari Bangi, Selangor. Selain menganggotai kumpulan Devo, Shauqi juga berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka. Menurut Shauqi, isterinya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bercerita mengenai lagu Kau & Aku yang dicipta khas oleh Shauqi buat suri hatinya, Shauqi menjelaskan yang ilham untuk lagu itu diperolehi ketika memandu kereta dan selepas bangun dari Solat Tahajjud.

“Saya dapat ilham untuk melodi lagu (Kau & Aku) ini ketika sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja. Manakala liriknya pula saya dapat ilham selepas bangun solat Tahajjud.” cerita Shauqi.

Untuk makluman, lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Shauqi Devo manakala susunan muzik oleh sahabatnya, Halim Devo.

Shauqi Devo & permaisuri hatinya, Nur Athirah.

Lagu ini telah diperdengarkan kepada umum buat pertama kali di Majlis Resepsi Shauqi & Athirah baru-baru ini. Shauqi telah membuat kejutan kepada isterinya dengan menyampaikan lagu ini secara live di majlis resepsi tersebut.

Majlis Aqad Nikah pasangan Raja Sehari ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 4 Oktober 2013. Manakala majlis resepsi telah berlangsung pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013 di UPM dan Ahad, 6 Oktober 2013 di rumah pihak pengantin lelaki.

Shauqi Terharu, Zahir Kesyukuran Dan Ucapan Terima Kasih
Shauqi turut mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan yang hadir di majlis akad nikah dan resepsi mereka baru-baru ini.

“Alhamdulillah syukur yang tidakk terhingga ke hadrat Allah SWT dengan izinNya kami disatukan dan majlis walimah kami berjalan dengan lancar dan baik. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara, sahabat handai, guru-guru, pensyarah dan semua yang  banyak membantu dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk hadir ke majlis walimah kami. Jazakumullahukhairan kathira saya ucapkan. Tanpa kerjasama dan kehadiran anda, majlis kami tidak akan berjalan dgn sempurna.” ucap Shauqi.

Beliau juga merakamkan penghargaan beliau kepada ahli Devo yang sudi hadir ke majlis resepsi beliau terutama Halim yang terlibat dalam menjayakan “Misi Lagu Surprise” buat isterinya.

Ucap beliau, “Kepada sahabat lama seperjuangan Devo; Halim, Mat dan Adi, terima kasih kerana sudi hadir ke Majlis Ijab & Qabul serta Majlis Resepsi sebelah zaujah dan doa yang kalian titipkan. Buat Halim, saya ucapkan jazakallahukhair ‘ala kullihal. Terutamanya susunan muzik lagu istimewa buat zaujah saya juga video yang sangat osem yang kau cipta sebagai hadiah buat kami. Sungguh hanya Allah yang mampu membalas dengan ganjaran pahala buat kau. Semoga zaujah kita dapat menjadi sahabat baik seperti kita juga. InsyaAllah one fine day anak-anak kita pula bersahabat baik. Didoakan kau & isteri selamat dan dipermudahkan segala urusan.”

Shauqi Ikut Jejak Langkah Halim Sebagai Penyanyi Solo?
Sebelum mengakhiri temubual, kami sempat bertanya kepada Shauqi, adakah kemunculan single Kau & Aku ini sebagai satu isyarat yang Shauqi juga bakal tampil sebagai artis solo sepertimana rakan Devo beliau, Halim?

Sambil tergelak, Shauqi menjawab, Takde la terfikir mahu jadi penyanyi solo, still dengan Devo group cuma kadang-kadang kita ada ilham dan nak share kepada semua ilham kita dan kebetulan lagu ini saya cipta khas untuk isteri saya tanpa pengetahuan dia. Jadi lagu ini kira jadi single pertama saya la kan?”

Ujar Syauqi lagi, “InsyaAllah dakwah luas kan, dengan Devo pun saya berdakwah, secara individu pun saya berdakwah. Dengan solo mungkin sedikit sebanyak dapat menaikkan keyakinan diri saya dan belajar lebih banyak lagi.”

Kepada Shauqi dan Athirah, kami di Munsyeed Dot Com mendoakan:

“Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fi khair.”

Semoga menjadi pasangan yang senantiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago