Categories: BeritaTempatan

Sah! Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sudah Nikah

Aeril dan Wawa di Sidang Media yang berlangsung di Neo Damansara sebentar tadi.

Terjawab sudah segala persoalan mengenai desas-desus hubungan hero Cinta Jannah; Aeril Zafrel dan pasangan, Wawa Zainal apabila Aeril Zafrel mengaku yang Wawa Zainal adalah isterinya yang sah. Penjelasan itu dibuat oleh Aeril di majlis sidang media yang telah berlangsung di Neo Damansara. Turut hadir, Wawa Zainal, peguam mereka dan pengurus Aeril, Shariman.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Sumber gambar: AirKosong.Com

Aeril atau nama sebenar beliau Suhairil Suhari menjelaskan yang beliau telah menikahi Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih mesra disapa Wawa Zainal pada 25 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup, Aeril, 25 tahun dan Wawa, 22 tahun, telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos 2013. Anak pasangan bahagia ini telah diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Munsyeed berharap, dengan pengakuan dan penjelasan Aeril pada hari ini dapat menutup segala lubang-lubang fitnah dan segala cakap-cakap yang kurang baik terhadap mereka. Di dalam Islam, kita digalakkan untuk mendoakan kebaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kerana mereka telah memilih jalan yang diredhai Allah iaitu nikah dan tidak terjerumus dalam permainan syaitan; zina.

Bagi pihak Munsyeed, kami mendoakan semoga rumah tangga Aeril dan Wawa kekal hingga ke syurga dan kehadiran Ahmad Fakharuddin Attar menjadi penyeri kepada rumah tangga mereka.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago