Connect with us

Berita

Syahadah Rabaah: Manifestasi Kesaksian Perjuangan Fetya

Diterbitkan

pada

Fetya?  Jenama kicap ke?  Sedap?  Siapa mereka ni? 

Itulah sebahagian daripada persoalan yang kerap timbul setiap kali nama entiti ini disebut dikalangan peminat nasyid arus perdana tanahair. Namun bagi sesetengah peminat yang mengikuti perkembangan artis nasyid antarabangsa Maher Zain secara lebih dekat, Fetya bukanlah suatu nama yang asing. Pembabitan mereka di dalam proses rakaman 2 buah album Maher Zain sebagai penyanyi latar serta pembantu sebutan melayu bagi album Irfan Makki merupakan bukti keupayaan kumpulan ini dalam menampilkan sesuatu yang berbeza di dalam industri nasyid Malaysia. Bagi mereka, nasyid bukan sekadar hiburan.

Baca Di Sebalik ‘Forgive Me’ dan ‘Thank You Allah’ – Fetya

Kesaksian R4BIA

Dalam perkembangan terkini selepas tampil dengan Intifadhah Bersinar dan Harapan Ummah, hari ini Fetya telah melancarkan secara rasmi single dan klip video terbaru berjudul Syahadah Rabaah. Menurut wakil jurucakap mereka, karya yang mendapat sentuhan dua komposer muda bernama Fuad Jamil dan Adnin Roslan merupakan sebuah karya yang cuba mengangkat nilai keperwiraan dan keberanian para syuhada di medan Rabaah. Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa tarikh yang dipilih untuk melancarkan Syahadah Rabaah merupakan detik penting dalam sejarah perjuangan rakyat Mesir hari ini.

[blockquote right=”pull-right” cite=”Muawwidz Al-Ansori, Fetya”]Mereka telah bersaksi dan akan terus memenangkan yang hak, baik di masa senang atau sulit sehingga Allah menentukan kemenangan di pihak mereka. Para syuhada yang gugur di medan Rabaah telah memberi mesej dan signal yang signifikan bahawa demokrasi yang selama ini dilaung-laungkan telah tamat tempoh sah laku dalam menyelesaikan krisis umat Islam khususnya dan umat manusia keseluruhannya.[/blockquote]

Tanpa berlengah lagi, jom saksikan dan hayati Syahadah Rabaah (Kesaksian Rabaah) dari Fetya.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=OvpWTSSqTRg” controls=”0″ disablekb=”1″ hd=”1″ rel=”0″ showsearch=”0″ showinfo=”0″]

Sebagai bonus, kami kongsikan di sini lirik Syahadah Rabaah nyanyian Fetya.

Syahadah Rabaah – Fetya

[one_half]

Di mana, Ke mana demokrasi yang indah
Jalanan yang berdarah menyaksikan syuhada

Dunia, Kau Sepi
Hilang kata ternanti
Kau dengar dan rasai
Rasa hati menangis

Engkau syahid hidupkan cintamu lagi
Bangkitkan hati – hati yang lama mati
Membela agama biar hancur luluh
Demi masa depan indah generasi

Rabaah padamu mewangi kasturi
Berguguran cinta menghadap Ilahi
Janji tuhan syurga-Mu menanti-nanti
Kepulangan wira yang sejati

Bangkitkan hati – hati yang mati
Pembela agama suci ini
Biarlah hancur luluh jasadmu
Demi masa depan generasi

[/one_half]
[one_half_last]

Engkau syahid hidupkan cintamu lagi
Bangkitkan hati – hati yang lama mati
Membela agama biar hancur luluh
Demi masa depan indah generasi

Rabaah padamu mewangi kasturi
Berguguran cinta menghadap Ilahi
Janji tuhan syurga-Mu menanti
Kepulangan wira-wira yang sejati

Musuh kau tutuplah cara bagaimana
Cahaya Allah kan kembali bersinar
Meninggikan Syahadah mulia
Hapus kebatilan seluruh makarnya

Dunia yang lena sudah lama tidur
Bilakah terjaga kembali bertarung
Sempurnakan titah agungkan kembali
Dipersada Islam, Kepuncak tertinggi

Lagu/Lirik: Fuad Jamil
Susunan Muzik: Adnin Roslan
Mixing/Suntingan Audio: Amin Nordin (Inteam Records)
Susunan Vokal: Muawwidz & Syed Salahuddin

[/one_half_last]

Ingin mengenali jejaka-jejaka tampan ini dengan lebih dekat? Jangan lupa untuk LIKE laman Facebook Fetya dan ikuti perkembangan mereka di sana.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Diterbitkan

pada

I'm Not Ready To Let You Go - Zain Bhikha.

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.

Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.

“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.

I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.

Other Releases

“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.

“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.

“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.

All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.

Continue Reading

Berita

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Diterbitkan

pada

Yang Mulia - Daqmie x Mestica. Sumber: Daqmie

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.

Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.

Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.

Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.

Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.

Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Sumber: Daqmie

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment