Tampil Berbeza, MPP UPSI Terbit Lagu Raya Zapin Sempena Syawal
Menjelang Syawal, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (MPP UPSI) tampil dengan kelainan menerusi lagu raya khas berjudul “Tradisi Raya”.
Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara Dr Abdul (BITARA) & Amin Nordin (Smart Audio Music) bersama Arif & Aiman (Yang Dipertua & Exco MPP UPSI 2024/2025) dengan sokongan Pusat Kebudayaan UPSI.
Menariknya, lagu hasil ciptaan Dr Abdul ini bukan sekadar hiburan semata-mata. Dengan genre Joget Zapin, “Tradisi Raya” membawa mesej mendalam tentang keinsafan dan kemaafan, selari dengan tuntutan agama dalam meraikan Aidilfitri yang penuh makna.
“Ini lebih daripada sekadar lagu raya. Kami ingin membawa mesej harmoni dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa serta seluruh komuniti UPSI,” kata Mohammad Arif Aizat, Yang Dipertua MPP UPSI.
Sementara itu, penerbit muzik Amin Nordin (Smart Audio Music) menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu usaha menarik dalam membuka ruang kepada mahasiswa untuk berkarya.
“Ini bukti bahawa seni mampu menjadi jambatan yang menghubungkan akademik dan industri kreatif,” ujarnya.
Bagi yang ingin menikmati “Tradisi Raya”, video muzik lirik kini boleh ditonton di YouTube Smart Audio Music.
Raikan Syawal dengan keinsafan, melalui kemaafan – Terimalah “Tradisi Raya” dalam rentak Joget Zapin!
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.