Categories: BeritaTempatan

”Tengok video ini, rasa nak nangis…” – Tular Video Gadis Baca Al-Quran Dalam LRT

Sebuah video memaparkan seorang gadis sedang membaca Al-Quran di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @memeylufiaz_ itu telah meraih lebih tiga juta tontonan dan lebih 404,000 tanda suka.

Menariknya, video tersebut turut menggunakan lagu latar Ratu Syahadah nyanyian kumpulan Inteam, menambahkan lagi suasana tenang dan syahdu.

Ramai netizen, terutamanya dalam kalangan wanita, mengakui berasa cemburu melihat amalan gadis itu dan mahu mencontohinya.

Ada juga yang mengatakan mungkin gadis itu seorang hafizah.

Tidak kurang juga dalam kalangan lelaki yang mendoakan agar beliau sentiasa dalam lindungan Allah.

Dalam pada itu, ada seorang individu tampil di bahagian komen yang mengaku sebagai rakan gadis itu menjelaskan bahawa beliau bukan seorang hafizah, seperti yang disangka oleh sebahagian netizen.

Sebaliknya, gadis tersebut sedang menyertai kempen #QuranTakTinggal, satu inisiatif yang menggalakkan umat Islam membawa Al-Quran kecil ke mana-mana agar dapat membacanya setiap hari, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kempen ini mendapat sambutan hangat kerana sejajar dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya sentiasa dekat dengan kitab suci Al-Quran.

Tindakan gadis tersebut bukan sahaja mencerminkan kecintaan terhadap kalam Allah, malah telah menjadi inspirasi kepada ramai untuk turut serta dalam amalan mulia ini.

Dalam dunia yang semakin sibuk dengan pelbagai urusan harian, kempen seperti #QuranTakTinggal menjadi peringatan bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca di rumah atau di masjid, tetapi boleh menjadi teman setia dalam setiap perjalanan kehidupan.

Semoga usaha ini terus berkembang dan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Islam, menjadikan Al-Quran sebagai pedoman utama dalam kehidupan seharian.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

1 month ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

1 month ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

1 month ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

1 month ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

1 month ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

1 month ago