Categories: BeritaTempatan

Teruja Dengan Kedatangan Ramadan, Ikhwan Fatanna Hadiahkan Lagu ‘I Love Ramadhan’ Untuk Peminat

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, penyanyi dan komposer berbakat besar; Ikhwan Fatanna muncul dengan single terbaru berjudul ‘I Love Ramadhan’.

Lagu berentak pop ini merupakan ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh. Lirik pula ditulis oleh Ikhwan Fatanna sendiri. Seindah judul lagunya, I Love Ramadhan merupakan sebuah lagu yang mengetengahkan lirik dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Munsyeed sempat menemu bual penyanyi yang popular dengan lagu Bismillah ini. Menurut Ikhwan, lagu I Love Ramadhan adalah lagu yang dicipta hasil dari keterujaan beliau untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

“Ini merupakan projek independent yang Ikhwan lancarkan kerana teruja nak sambut Ramadhan tahun ini dan Ikhwan nak kongsikan keceriaan dalam lagu ILR ni dengan semua pendengar dan peminat lagu nasyid.”

“Konsep lagu ini adalah tentang ibrah dari bulan mulia Ramadan yang Allah hadiahkan pada kita ini untuk kita mengenang dan membantu saudara-saudara kita yang diuji dengan kesusahan hidup dan belajar untuk menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada pada hari ini.”

Tambah Ikhwan lagi, “Lirik lagu ini mengandungi gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bertujuan untuk menarik pendengar dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk mendengar dan lebih memahami tentang bulan Ramadan.”

“Dari segi sususan muzik dan konsep lagu, Ikhwan masih mengekalkan bunyi modern, easy listening dan catchy sebagai tarikan lagu untuk menambat hati pendengar,” ujar Ikhwan.

Rata-rata pendengar memberikan respon positif terhadap lagu I Love Ramadhan ini. Antara yang menarik perhatian kami:

Thank you for bringing such vibrant colors and emotions into the world through your song.” – Fauziey Rahman

“Hasil karya bro Ikhwan memang dinantikan. Dakwah seni suara yang fresh dan kontemporari.” – Ismi Nur

“Alhamdulillah, tahniah Ikhwan. 1st karya lepas kahwin terus lirik omputih ya. Meriah liriknya. Kosa kata berkembang. Love part selawat tu.” – Irina Aurora

Bonus: Lirik Lagu I Love Ramadhan oleh Ikhwan Fatanna

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatanna
Gitar: Emy
Susunan Muzik: Wan Saleh
Produser: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penerbit: Ikhwan Fatanna

Verse

Cahaya bersinar, Di bulan mulia
Raikan kurnia yang sungguh berharga

Prechorus

Ramadhan mengajar kita
Menghargai 
Hidup yang kita kecapi ini

Merasai keperitan
Mereka yang memerlukan
Perhatian kita

Chorus

I love Ramadhan ; it’s a month full of blessings
I love Ramadhan ; together, we will help the needy
Pray for forgiveness
Let love and peace to stay with Ramadan

Verse 2

Ganjaran pahala, berlipat ganda
Bulan dikabulkan, doa dan harapan

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago