Categories: BeritaTempatanTerkini

Wany Hasrita Duet Dengan Amin Idris dan Khir Rahman Menerusi Lagu Ramadan Barakahnya Di Sini

Beberapa hari yang lepas, personaliti popular; Amin Idris ada berkongsikan sebuah lagu di media sosialnya. Mendengar lagu tersebut buat kali pertama, membuatkan kami terus menghubungi Amin Idris untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lagu tersebut.

Ternyata, kami telah ‘terlepas’ lagu yang menarik ini sewaktu hibernasi Munsyeed Dot Com beberapa tahun yang lepas. Lagu yang menarik ini berjudul ‘Ramadan Barakahnya Di Sini’.

Lagu ini dinyanyikan oleh Wany Hasrita, Amin Idris dan Khir Rahman. Ia merupakan sebuah lagu tema bagi program televisyen Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini (BDBB) yang diterbitkan oleh RTM menerusi Unit Hiburan TV RTM.

Menurut Penerbit program televisyen Borak Dulu Baru Buka; Abdul Rah’man Mahadi, lagu ini dicipta khas untuk rancangan Borak Dulu Baru Buka yang ke udara setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula jam 6.45 petang di TV1.

“Rancangan BDBB ini adalah sebuah rancangan bual bicara agama santai yang diterbitkan oleh RTM menerusi Unit Hiburan TV RTM. Tahun ini merupakan musim ke-4 rancangan bual bicara santai ini.”

“Saya mahukan lagu catchy setanding lagu Ramadan Tiba nyanyian Opick” – Rah’man.

“Lagu Ramadan Barakahnya Di Sini mula diterbitkan pada 2022 yang lalu. Ia merupakan idea daripada saya selaku penerbit rancangan program tersebut kerana pada waktu itu kita tercari-cari lagu yang bersesuaian untuk menjadi lagu tema rancangan Borak Dulu Baru Buka.”

“Sewaktu berbincang dengan komposer lagu ini; Ijan Perkusi, saya maklumkan kepada beliau yang saya mahukan lagu ‘catchy’ setanding lagu Ramadan Tiba nyanyian Opick dan permintaan saya itu disambut oleh Ijan dengan terhasilnya lagu Ramadan Barakahnya Di Sini.”

“Visi penerbitan lagu ini adalah bertujuan untuk menjadikan lagu ini sebagai sebuah lagu siulan masyarakat kita setiap kali Ramadan dan dalam masa yang sama menjadi lagu tema bagi rancangan Borak Dulu Baru Buka itu.”

“Memandangkan ketiga-tiga pengacara rancangan BDBB ini mempunyai bakat dalam nyanyian, maka pihak penerbitan memutuskan bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh pengacara itu sendiri. Alhamdulillah, mereka dapat menyampaikan lagu ini dengan baik dan lagu ini mendapat maklum balas yang positif dari para pendengar,” ulas Abdul Rah’man.

Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh RTM menerusi penerbitnya Abdul Rah’man Mahadi. Komposer oleh Ijan Perkusi manakala lirik oleh Ijan Perkusi dan Dr. Istajib. Lagu ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah.

Tonton rancangan Borak Dulu Baru Buka (BDBB) pada jam 6.45 petang, setiap hari sepanjang bulan Ramadan, hanya di TV1.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago