Minggu lepas, salah seorang editor Munsyeed telah meluangkan masa untuk makan malam bersama dengan beberapa ‘orang kuat’ dalam industri. Banyak berita yang berjaya dikumpulkan (untuk disiasat terlebih dahulu). Antara yang hangat ialah berita Muhibbain Keluar Dari Inteam Records.
Seperti biasa, kami terus menghubungi salah seorang ahli Muhibbain, Erwan Taib untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini.
Tidak Timbul Istilah Muhibbain ‘Keluar’ Inteam Records.
Menurut Erwan, sebenarnya tidak timbul istilah Muhibbain ‘keluar’ dari Inteam Records.

Mengenal Cinta – Muhibbain
“Sewaktu ana mula-mula mencari ‘distributor’ untuk album Mengenal Cinta yang Muhibbain (ana dan Azmer) sendiri terbit atas nama Mabkhoor Music (syarikat produksi milik Muhibbain), Inteam Records lah yang sudi menerima. Mana mungkin Muhibbain ‘keluar’ dari Inteam Records. (Muhibbain terbit, Inteam Records pula mengedar)” ulas Erwan dengan tenang.
Menerusi album Mengenal Cinta terbitan Mabkhoor Music dan edaran Inteam Records, nama Muhibbain mula dikenali dikalangan peminat apabila lagu Mengenal Cinta dan Kunci Syurga menjadi lagu hits dalam album tersebut.
Ditanya mengenai perancangan Muhibbain untuk perjalanan seni mereka, Erwan kelihatan teruja untuk menceritakan penjenamaan semula Muhibbain yang kini sudah berempat selepas kemasukan dua bekas ahli Almawlid, Zaf dan Adib ke dalam kumpulan Muhibbain.

Dengan – The Muhibbains feat DJ Fuzz
Rebranding! The Muhibbains – A New Chapter Unfolds
Bermula dengan penyertaan Zaf dan Adip Nahar, Muhibbain meneruskan usaha penjenamaan semula mereka dengan menggunakan nama yang agak stylo; The Muhibbains. Tidak cukup setakat itu, mereka bakal tampil dengan single yang turut menampilkan DJ Fuzz sebagai gandingan bersama menerusi lagu berjudul Dengan.
Dari Inteam Records ke Hijjaz Records
Erwan menjelaskan, The Muhibbains bakal terbitkan album bersama Hijjaz Records.
“Muhibbain terbit album bawah Hijjaz Records? Sebelum ana jemput Adib dan Zaf sertai Muhibbain, ana ada buat presentation lagu-lagu baru untuk album terbaru Muhibbain kepada Inteam dan mereka suka. Inteam bertambah suka setelah dapat tahu Adib dan Zaf setuju sertai Muhibbain.” ulas Erwan.
“Pada satu hari semasa ana ingin ambil file lagu dari Wan Saleh, sound engineer Hijjaz Records (sebab dia ada arrange 2 lagu untuk ana), Amir Huffaz, A&R Hijjaz Records pun ada. Nak jadi cerita, masa pertemuan itulah Amir jemput Muhibbain untuk bersama Hijjaz.”
“Lepas bincang dengan Adib dan Zaf, dan selepas meeting dengan Hijjaz Records dan Inteam Records, dan memohon restu dari Inteam, kami terima jemputan Hijjaz.” cerita Erwan.

The Muhibbains
Beliau turut menambah, “Alhamdulillah, sekarang dalam proses rakaman. Setakat ni dah 5 lagu hampir siap iaitu:
1. Dengan
2. Segalanya KepadaMu
3. Selamat Datang Ke Hatiku
4. Kacamata Cinta
5. Rintihan Hamba
Kami rancang 10 lagu dan plan untuk terbit pada awal Januari 2014. InsyaAllah. Doakan.” ucap Erwan sebelu menamatkan perbualan.
Tahniah diucapkan kepada The Muhibbains. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Selamat berjaya!
– Munsyeed Dot Com