Categories: BeritaTempatanTerkini

“Tiba-tiba rasa peluh sejuk…” – Waheeda Cerita Pengalaman Kena Serangan Jantung

Waheeda bukanlah satu nama asing dalam industri seni tanah air. Kemunculan beliau melalui lagu Wassini ciptaan Yasin Sulaiman telah membawanya mendaki ke puncak populariti apabila lagu tersebut menjadi Juara Lagu bagi Kategori Etnik Kreatif pada Anugerah Juara Lagu ke-18. Tidak terhenti disitu, Waheeda turut dilamar menjadi pelakon dalam filem-filem terbitan Metrowealth Pictures.

Namun, setelah mendirikan rumah tangga dengan artis dan penceramah terkenal; Akhil Hayy pada 2009, Waheeda memilih untuk berehat dari industri seni. Sepanjang tempoh tersebut, beliau mengisi masa dengan mendalami ilmu dan memahami Al-Quran. Sesekali, beliau ada disapa oleh beberapa wartawan dan media yang bertanya khabar dan menulis tentang beliau di media.

Kini, setelah hampir 15 tahun, Waheeda kembali dengan single yang diterbitkan semula berjudul Sindiran. Lagu ini telah berada di semua platform penstriman muzik. Rata-rata peminat memberikan respon positif terhadap single ini.

Waheeda juga kini aktif memenuhi undangan persembahan. Terbaru, beliau dan suami, menjayakan program ambang tahun baru Datum Munajat – Malam Satu Rasa di Datum Jelatek, Kuala Lumpur.

Dalam satu program temubual One On One terbitan Astro baru-baru ini, Waheeda berkongsi cerita bersama hos Farhana Ab Rahman mengenai pengalamannya yang pernah terkena serangan jantung.

“Selang sehari selepas arwah pemain bass Kelly meninggal dunia akibat serangan jantung, saya pula buat pertama kalinya diserang penyakit yang sama. Ketika itu saya sedang berseorangan di sebuah pusat membeli belah.”

“Tiba-tiba rasa peluh sejuk dan saya sendiri tidak dapat hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Ada rasa hendak muntah, rasa seperti hendak pitam tetapi saya kuatkan diri menuju ke kereta.”

“Takut juga sekiranya saya pengsan atau tidak sedarkan diri dalam kereta dan orang tidak menyedari perkara itu. Sempat juga saya mendapatkan nasihat daripada sepupu saya yang merupakan seorang doktor. Katanya saya perlu terus ke unit kecemasan hospital, bukan ke klinik,” katanya.

Selepas kejadian itu, Waheeda akui beliau lebih banyak ingat soal mati. Bagi Waheeda, ia satu peringatan untuk sentiasa mempersiap diri.

Sumber: Gempak.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago