Connect with us

Berita

Tragedi Ubah Haluan Muzik Sintesa Vocal Play

Diterbitkan

pada

Bermula sebagai sebuah kumpulan nasyid berkonsepkan hadrah 12 tahun yang lalu, sekumpulan anak muda berasal dari kota Gudeg, Yogyakarta, Indonesia mengawali langkah mereka di dalam dunia seni hiburan islami menerusi kegiatan ko-kurikulum di SMP IT Abu Bakar. Biarpun mereka serius mengetengahkan elemen nasyid klasik, tragedi yang mengakibatkan kerosakan pada peralatan muzik hadrah mereka menjadi titik penting peralihan Sintesa ke aliran muzik berkonsepkan acapella.

Siapa sangka perubahan aliran yang mereka bawakan telah berjaya mengangkat 7 anak muda yang kini dikenali sebagai Sintesa Vocal Play ke tahap yang boleh dibanggakan di dalam dunia muzik Indonesia. Mereka bukan sahaja pernah menjadi antara 32 peserta teratas di dalam pertandingan Awakening Talent Contest anjuran Awakening Records, Sintesa juga pernah beraksi sebagai finalis di dalam rancangan realiti Suara Indonesia di saluran Trans TV Indonesia. Sehingga hari ini, Sintesa Vocal Play diterajui oleh 7 orang anggota kumpulan yang terdiri daripada Abdu Robbih Elkayyis Fikri (Kayyis), Rois Akbar (Rois), Dimastra Rasikhul Fikri (Fikri), Budi Ferizqiawan (Bufe), Dimastra Yusuf Lisan (Yusuf), Chandra Budi Santosa (Chandra) dan Erwin Tri Wijanarko (Erwin).

sintesa vocal play

7 teraju utama Sintesa Vocal Play

Album Sulung & Sambutan Ulangtahun

Dalam perkembangan terbaru, kumpulan Sintesa Vocal Play baru sahaja menerbitkan album sulung mereka berjudul 7 pada pertengahan bulan Mei yang lalu. Album 7 menampilkan 9 buah lagu acapella segar antaranya ialah Sederhana Saja, Cinta Untuk Palestina dan Bersujudlah.

Menurut Bufe, album 7 membawakan aspek keunikan yang membezakan mereka dari kumpulan-kumpulan acapella yang sedia ada di pasaran. Muzik acapella Sintesa yang memiliki unsur futuristik menjadi hidangan utama pada setiap karya yang dipertaruhkan di dalam album sulung mereka.

“Lagu-lagu di dalam debut album Sintesa Vocal Play ini mewakili berbagai tema dalam kehidupan manusia, cinta, persahabatan, mimpi, dan ketuhanan dapat ditemui di dalamnya”, jelas Bufe yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Sintesa.

https://www.youtube.com/watch?v=Bf89-n77vsU

Walaupun album 7 baru sahaja memasuki pasaran, lagu Cinta Untuk Palestina yang merupakan salah sebuah karya hit yang terkandung di dalam album tersebut telah terpilih sebagai salah satu calon Best Arrangement of The Year di Bandung Nasyid Award. Hal ini sedikit sebanyak membuktikan kehebatan setiap anggota kumpulan ini dalam menampilkan karya positif yang segar di telinga para peminat.

Bersempena dengan ulang tahun ke 12 penubuhan Sintesa yang disambut semalam, mereka sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaru khas buat para pendokong setia Sintesa berupa single bertajuk Harimu.

Harimu berisi doa pada seorang insan yang ingin menjadikan setiap hari yang ia lalui bermakna.  Setiap hari merupakan langkah baru yang harus dijalani penuh semangat supaya menjadi milik kita.”

Jelas Bufe lagi, permulaan hari yang baik haruslah dengan perencanaan yang baik berserta doa dalam setiap langkah yang baru agar beroleh keberkatan.

Sekiranya anda merupakan penggemar lagu-lagu acapella, album ini pastinya tidak akan mengecewakan. Album pertama Sintesa Vocal Play ini boleh didapatkan menerusi platform digital iTunes, CDBaby, dan Amazon Music Store. Album ini juga turut berada di platform penstriman Deezer.

– Munsyeed




Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Bangga lihat Kumpulan Aeydan mampu pimpin jemaah umrah…” – Rabbani Terharu Aeydan Jadi Mutawif Muda The Mahabbah

Diterbitkan

pada

Kumpulan nasyid Aeydan membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni dan dakwah mereka apabila kini bergelar mutawif, membimbing jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah. Mereka kini berkhidmat di bawah syarikat pengurusan umrah dan ziarah, The Mahabbah.

Perkembangan ini dikongsi dengan penuh rasa kesyukuran oleh kumpulan Rabbani selaku mentor dan juga bapa kepada anggota kumpulan Aeydan menerusi satu hantaran media sosial terhadap usaha dakwah Aeydan yang semakin meluas.

“Alhamdulillah, syukur. Malam ini kami berasa bangga melihat anak-anak Kumpulan Aeydan melangkah setapak lagi dalam perjalanan mereka kini sebagai Mutawif The Mahabbah, membawa jemaah serta ahli keluarga MATHAF menunaikan ibadah umrah. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan dan perjalanan pergi serta pulang diberkati,” tulis Rabbani dalam hantaran tersebut.

Aeydan, yang sebelum ini dikenali melalui lagu Bintang dan Purnama, kini membawa pendekatan dakwah secara lebih dekat dengan masyarakat melalui bimbingan ibadah di Tanah Suci. Penglibatan mereka sebagai mutawif ini memperlihatkan keupayaan mereka dalam menyatukan seni, spiritual dan khidmat komuniti dalam satu misi yang murni.

Langkah ini bukan sahaja menjadi inspirasi kepada penggiat seni lain, malah menunjukkan generasi baharu kumpulan nasyid kini mampu meluaskan peranan mereka dalam pelbagai medium dakwah demi manfaat ummah.

Dengan semangat dan keikhlasan yang dibawa, Aeydan terus mengukuhkan perjalanan seni mereka dengan penuh erti, moga terus diberkati Ilahi.

Continue Reading

Berita

“Seramnya bukan untuk menakutkan tetapi…” – TV AlHijrah Tayang Telefilem Seram – Bisikan Qarin

Diterbitkan

pada

TV AlHijrah sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen penyiaran Islam terulung negara dengan pelancaran telefilem terbaharu berjudul Bisikan Qarin. Karya yang menggabungkan genre seram dan dakwah ini bakal menemui penonton pada Ahad, 9 November 2025, jam 9.00 malam, di saluran TV AlHijrah.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah, penonton berpeluang menyaksikan Bisikan Qarin lebih awal menerusi platform penstriman AlHijrah Plus (AH+) bermula 6 November 2025 — tiga hari sebelum siaran rasmi di televisyen. Langkah proaktif ini merupakan sebahagian daripada strategi transformasi digital TV AlHijrah dalam memperluas capaian dakwah melalui kandungan Islamik berkualiti tinggi di ruang maya.

Diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd., Bisikan Qarin memaparkan kisah Dr. Hilal dan keluarganya yang berdepan gangguan ghaib setelah berpindah ke sebuah rumah lama di kampung. Bagaimanapun, gangguan yang dialami tidak sekadar mencetuskan ketakutan, malah menguji keutuhan iman dan keteguhan akidah mereka.

Menurut Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, telefilem ini melambangkan komitmen stesen tersebut untuk terus menghasilkan kandungan Islamik yang mematuhi prinsip syariah, meskipun dalam genre popular seperti seram.

“Kami tidak sesekali berkompromi dalam soal akidah. Setiap elemen dalam Bisikan Qarin diteliti agar tidak menyeleweng daripada prinsip Islam. Seramnya bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyedarkan betapa tipisnya batas antara iman dan ilusi,” jelas beliau.

Zulkarnaen menambah bahawa usaha ini seiring dengan misi TV AlHijrah untuk mendidik hati dan minda penonton melalui karya seni yang mendalam dan memikat.

“Jika selepas menonton telefilem ini, penonton terdorong untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, maka matlamat dakwah melalui hiburan ini telah berjaya.”

Sesi pratayang media turut menampilkan perkongsian oleh Syed Ali Alattas bin Syed Hassan, Eksekutif Kanan Unit Pematuhan Syariah TV AlHijrah, yang mengupas pendekatan syarak dalam pembikinan telefilem.

“Dalam Islam, elemen seram harus diperhalusi agar tidak menyebabkan kekeliruan akidah. Bisikan Qarin berjaya menyeimbangkan hiburan dan kefahaman agama — mengajar kita bahawa gangguan sebenar bukan daripada makhluk ghaib, tetapi daripada hati yang alpa daripada zikir.”

Telefilem ini dibintangi barisan pelakon terkenal tanah air seperti Ashraf Muslim, Nadiya Nisaa, Intan Ladyana, Fezrul Khan, dan Rashidah Jaafar. Ia membawa penonton menyelami gelombang emosi dan kepercayaan dalam keluarga Muslim yang diuji, sambil menyeru masyarakat kembali kepada Al-Quran dan sunnah sebagai pelindung daripada kecelaruan spiritual moden.

Bisikan Qarin merupakan sebuah tazkirah halus yang mengingatkan bahawa ketakutan yang hakiki bukanlah pada makhluk ghaib, tetapi pada hati yang jauh daripada Allah.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa ini pada Ahad, 9 November 2025, jam 9.00 malam di TV AlHijrah — atau dapatkan akses tayangan awal bermula 6 November menerusi aplikasi AlHijrah Plus (AH+).

Kerana dalam dunia penuh godaan dan ketakutan… hanya imanlah yang menjadi benteng terakhir kita.

Continue Reading

Berita

“Sebak tengok Hadie layan ibu dia macam itu…” – Netizen Puji Arwah Suhaimi Saad Pandai Didik Anak

Diterbitkan

pada

Hadie dan Ina Naim

Sikap penuh kasih sayang antara anak dan ibu kembali mencuri perhatian netizen apabila satu video tular memperlihatkan penyanyi dan peserta Talk To My Manager, Hadie, menghadiahkan kasut kepada ibunya yang juga personaliti terkenal, Ina Naim, di butik Ijmal.

@hadiefc

Santuni ibumu kerana disitu syurgamu. ❤️ #Hadie #inanaim #ibu #ijmalshoes @Ijmalofficial #ijmal

♬ original sound – Hadie FC – Hadie FC

Apa yang lebih mengharukan, Hadie bukan sekadar menghadiahkan kasut tersebut, malah dengan penuh hormat dan kasih sayang, beliau turut memakaikan sendiri kasut itu ke kaki ibunya – satu tindakan yang ramai netizen sifatkan sebagai simbol “act of service” seorang anak soleh yang menyantuni ibunya.

Video yang dimuat naik di media sosial itu kini telah mencecah lebih 85,000 tontonan dan meraih lebih 5,000 tanda suka, dengan komen-komen positif yang memuji keikhlasan dan kelembutan Hadie dalam melayani ibunya.

Antara komen yang menarik perhatian termasuk:

  • “Sejuk perut ibu mengandung. Moga Hadie terus berjaya dunia akhirat,”
  • “Beginilah cara seorang anak lelaki menghargai ibu tanpa perlu kata-kata.”
  • “bahagianya seorang ibu dilayan macam ini sebab ayahnya pun seorang yang cukup sopan”
  • “Didikan SS (Suhaimi Saad).. seorang bapa yang hebat.. Sejuk mata memandang..”

Sikap Hadie yang terkenal dengan keperibadian sopan dan mesra keluarga ini turut mencerminkan nilai sebenar kasih sayang yang menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Ramai juga yang memuji hubungan erat antara Hadie dan Ina Naim yang sering ditonjolkan secara semula jadi tanpa dibuat-buat di media sosial.

Hadie yang merupakan finalis program Talk To My Manager Musim Pertama terbitan Astro, kini sedang rancak menyusun karier seninya dengan dibantu oleh Ina Naim yang bertindak sebagai pengurus.

Selain muncul dengan lagu Kias Cinta 2.0 yang dinyanyikan bersama kumpulan nasyid popular, Inteam dan Sallman Elkhoyri, Hadie juga dikatakan sedang dilamar oleh produksi drama yang berminat untuk mengambil Hadie berlakon dalam drama pendek.

Semoga keperibadian Hadie menjadi contoh kepada anak muda di luar sana.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2025 Munsyeed Edutainment