Categories: BeritaSiaran Media

TV AlHijrah Bakal Lancar Buku Catatan Tadabur Quran@114 Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

TV AlHijrah bakal melancarkan buku Catatan Tadabur Quran@114 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 kali ke-41 yang akan berlangsung pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 di Pusat Perdagangan Kuala Lumpur (WTCKL).

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, buku Catatan Tadabur Quran@114 yang bakal dilancarkan di pentas utama PBAKL adalah hadiah dan buah tangan istimewa buat penonton setia stesen ini yang mengikuti rancangan Quran@114 di kaca televisyen.

Haji Zulkarnaen Mokhtar

“Rancangan Quran@114 muncul dengan konsep pembelajaran al-Quran di kaca televisyen dengan bimbingan tenaga pengajar, barisan personaliti serta agamawan yang hebat mengikut kepakaran masing-masing. Rancangan ini menitikberatkan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur dan I’tibar.

“Selepas bersiaran secara langsung selama dua musim iaitu musim pertama pada Januari 2023 dan musim kedua pada Februari 2024 yang lalu, kami bukukan pula rancangan Quran@114 agar menjadi rujukan relevan para penonton apabila mengikuti rancangan ini. Secara tidak langsung, kita percaya buku Catatan Tadabur Quran@114 ini mampu menjadi pembimbing dalam melahirkan masyarakat yang celik al-Quran ,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai buku Catatan Tadabur Quran@114, Zulkarnaen menjelaskan bahawa TV AlHijrah bekerjasama dengan pakar bidang al-Quran iaitu Dr. Shamsul Mohd Nor yang bertindak sebagai penulis bagi menghasilkan buku yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu ini.

“Dr. Shamsul Mohd Noor berpengalaman luas dalam bidang al-Quran, dakwah serta konsultasi syariah. Beliau juga merupakan pentadabur dan penyelidik bagi rancangan Quran@114. Oleh itu, kami yakin buku ini mampu difahami oleh segenap lapisan masyarakat Muslim.

“Selain daripada penjualan buku Quran@114, pengunjung juga boleh mendapatkan buku Cinta Ilmu Akidah Fiqah dan Ibadah sebagai rujukan menjadi Muslim soleh.

“Pelbagai aktiviti lain turut disusun bagi pengunjung PBAKL 2024. Antaranya adalah seperti slot bedah buku, belajar bahasa isyarat jawi, kaligrafi cina dan tulisan khat. Pengunjung juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan personaliti TV AlHijrah.

“Bukan itu sahaja, TV AlHijrah juga akan memeriahkan suasana PBAKL 2024 dengan aktiviti-aktiviti lain seperti permainan kahoot, pertandingan melukis dan mewarna bersama Durioo, teka silang kata jawi dan banyak lagi. Bagi peminat seni marhaban pula, kami akan bawakan sesi marhaban secara live di platform TikTok,” jelasnya.

Jadi, orang ramai dijemput hadir bagi menghangatkan suasana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 terutamanya di reruai TV AlHijrah. Pastinya, pengunjung akan menikmati suasana penyiaran terbaik dan luar biasa hebat.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago