“Duet Dengan Ustaz Masjid Al-Busyra tu…” – Gau Nasheed Duet Dengan Firdaus Menerusi Lagu KasihMu
Gau dan Firdaus - Kasihmu
Tahun 2024 merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri muzik dan dakwah tanah air. Demi meneruskan langkah dalam industri ini, GAU Nasheed kini mempertaruhkan single terbaru berjudul ‘KasihMu’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh saudara Mizie Kamis sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Menurut Ketua kumpulan GAU Nasheed Nazreen Johari, muzik bagi lagu ini disusun oleh Ruby Wahyu daripada Indonesi dan diadun bersama oleh Fathi dari Arus Qudus Sound dan saudara Felix Voon .
“Bagi lagu Kasihmu ini, kami turut berkolaborasi dengan seorang influencer Tiktok yang juga merupakan seorang Imam dari Masjid Al Busyra Merbok Kedah iaitu Ustaz Firdaus Firabib . Lontaran vokal dan aura dimiliki Ustaz Firdaus dilihat mampu memberi penghayatan serta variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang diselitkan elemen zikir seperti Ini dan dalam masa yang sama dapat menarik pendengar bersama berzikir tak kira kanak2 mahupun dewasa. Demikian merupakan antara sebab kenapa kami memilih Ustaz Firdaus sebagai rakan berkalaborasi untuk lagu ini”, jawab Naim pula apabila ditanya kenapa Ustz Firdaus menjadi pilihan duet bersama GAU Nasheed.
“KashiMu” sebuah lagu yang mengingatkan kita semua kepada pencipta dan dalam masa yang sama mengajak para pendengar berzikir bersama.
Penggambaran video muzik lagu Kasihmu yang diarahkan oleh Shahril Abdullah bersama juru video, Nazmi Johari dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Pulau Songsong Yan Kedah . penaja utama bagi Muzik video ‘Kasihmu’ adalah Saffr studio manakala tajaan penuh rakaman adalah daripada Shatibyyah Studio . Projek ini juga turut mendapat tajaan pakaian sepenuhnya dari Republic of Halakiri .
Selain itu, Muzik video ‘ Kasihmu’ turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada tiktokers busker iaitu saudara firdaus_fca dan intan sebagai sessionist.
Ditanya mengenai harapan kumpulan GAU Nasheed terhadap lagu ini, Hakimi menjawab “kami mengharapkan lagu ini dapat diterima ramai, khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan”
Video Muzik Lagu ‘KasihMu’ boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital pada 24 Mei 2024 jam 5 petang dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada.
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.