Categories: BeritaSiaran Media

TV AlHijrah Rangkul Dua Pengiktirafan The BrandLaureate 2024

TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus.

“Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan.

“Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022,” jelas Nadzariah.

“Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton TV AlHijrah.

Menurut Nadzariah lagi, majlis anugerah ini dihadiri oleh pelbagai tokoh industri, pemimpin korporat, serta para profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding Award adalah satu pengiktirafan yang diidamkan oleh banyak organisasi, kerana ia menilai dan menghargai jenama-jenama yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai kategori,” katanya

Pada masa yang sama, aplikasi AlHijrah Plus juga berjaya merangkul anugerah berprestij dari Singapura di majlis Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 bagi kategori projek Terrestrial OTT Platform (Malaysia) pada 30 Mei yang lalu.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 ini bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan organisasi antarabangsa dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi. Antara panel juri anugerah ini adalah Kiran Karunakaran, Wilson Chow dan Pattaraphan Paiboon.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago