Categories: BeritaTempatan

TV AlHijrah Peneraju Wakaf Media Pertama di Malaysia

Dengan semangat “Wakaf Anda, Dakwah Kami”, TV AlHijrah hari ini memeterai Perjanjian Kerjasama Wakaf Tunai bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Usaha ini memperkukuh peranan media Islam dalam mendidik, menyebar dan menggerakkan ummah ke arah amal jariah yang berkekalan.

Kerjasama strategik ini bakal membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk menyalurkan wakaf tunai bagi pelaksanaan wakaf media melalui platform media Alhijrah Media Corporation, sekali gus menyokong pelbagai inisiatif pembangunan ummah yang digerakkan oleh YWM di seluruh negara.

Dengan termeterainya perjanjian ini, TV AlHijrah muncul sebagai media penyiaran Islam pertama di Malaysia yang mengangkat wakaf tunai sebagai agenda kerjasama rasmi, bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi juga melalui pelaksanaan program bersama yang lebih menyeluruh.

Menerusi perjanjian ini, penonton berpeluang menyertai wakaf media dengan mudah melalui imbasan kod QR yang dipaparkan di skrin televisyen atau di mana-mana platform media digital TV AlHijrah. Dana wakaf yang terkumpul akan disalurkan khusus bagi membiayai kos penerbitan rancangan-rancangan dakwah dan program Islamik di TV AlHijrah iaitu Quran@114 dan Hadith@114. Setiap sumbangan wakaf penonton akan terus menjadi sebahagian daripada usaha melahirkan kandungan siaran yang bermanfaat, memperluas capaian dakwah, dan memberi impak berpanjangan kepada ummah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, dalam dunia serba moden, ramai ingin berbuat kebaikan tetapi mencari saluran yang diyakini. Dengan adanya kolaborasi ini, TV AlHijrah menjadi jambatan yang memudahkan penonton untuk menyertai amal kebajikan secara telus, sah dan berkesan.

“Kerjasama ini adalah titik tolak penting untuk menghubungkan masyarakat dengan peluang beramal jariah melalui medium penyiaran.

“Kami percaya wakaf bukan sekadar instrumen ekonomi, tetapi satu ibadah yang mengikat hati kita dengan Allah dan meninggalkan manfaat kepada generasi seterusnya. Harapan kami, inisiatif ini akan menjadi model rujukan bagi medium penyiaran Islam di rantau ini,” jelasnya.

Namanzee turut menyeru masyarakat Islam agar menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada budaya hidup.

“Jika kita boleh melazimi sedekah harian, maka wakaf tunai adalah sedekah berpanjangan yang tidak putus ganjarannya. Inilah peluang untuk kita menyumbang walaupun sedikit, kerana nilai kecil yang terkumpul mampu membina sesuatu yang besar demi manfaat agama, bangsa dan negara,” ujar beliau.

Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak yakin wakaf tunai bagi pelaksanaan wakaf media akan berkembang sebagai salah satu teras pengukuhan ekonomi umat Islam, sambil menghidupkan budaya berkongsi rezeki dan menyalurkan keberkatan kepada masyarakat.

TV AlHijrah komited untuk terus menyampaikan mesej Islam yang segar, mendidik jiwa dan membimbing masyarakat ke arah penghayatan nilai-nilai murni, agar dakwah terus hidup di layar kaca televisyen dan di hati penonton.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Sebak tengok Hadie layan ibu dia macam itu…” – Netizen Puji Arwah Suhaimi Saad Pandai Didik Anak

Sikap penuh kasih sayang antara anak dan ibu kembali mencuri perhatian netizen apabila satu video…

15 hours ago

31 Nama Pengelola Jemaah Haji Bagi Tahun 2026 / 1447H Lantikan Tabung Haji Diumumkan

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi…

19 hours ago

Cocokins – Nurul Asyikin Tawan Hati Juri di Episod Kedua Projek Bangkit TV AlHijrah

TV AlHijrah meneruskan momentum inspirasi rakyat dengan tayangan episod kedua Projek Bangkit pada Sabtu lalu…

2 days ago

Zain Bhikha Studios Revives a Timeless Classic with “A Child’s Prayer”

After more than two decades of touching hearts across the globe, Zain Bhikha breathes new…

5 days ago

Zain Bhikha Studios Re-Releases “Can’t You See” – A Message of Faith and Resilience for Today’s Youth

Nearly two decades after its first release, Zain Bhikha Studios has breathed new life into…

2 weeks ago

MAIWP dan TV AlHijrah Jalin Kerjasama, Terbit Program Realiti Usahawan – “Projek Bangkit”

TV AlHijrah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah…

2 weeks ago